Uncategorized

“Kembang Ke Kuncup, Paling Penting Anak Sihat,”- Betty Rahmat Tak Peduli Bentuk Badan Kena Carut

Share

Pelakon, Betty Rahmat mendedahkan dia lebih mementingkan soal kesihatan kandungannya itu berbanding bentuk badan.

Katanya, dia hanya mahu menikmati fasa mengandung tersebut dan tidak mahu mengambil pusing apa yang diperkatakan sesetengah pihak.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan oleh Betty menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Kembang ke kuncup ke sis redho orang nak comment apa? I just wanna enjoy my pregnancy journey & paling penting my little one is healthy. InsyaAllah. Pray for us & keep guessing its a boy or girl,” tulisnya.

Bagaimanapun, Betty meminta orang ramai supaya mendoakan kesihatan kandungannya yang telah menjangkau usia 25 minggu itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat positif yang dipamerkan Betty itu selain turut mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Bagi MH, tak kisahlah bagaimana bentuk badan seseorang iu sekali pun, yang penting kesihatan kandungan haruslah diberi keutamaan sepenuhnya.

Foto: Instagram Betty Rahmat

IKLAN