Kembali Buat Persembahan Di Pentas Besar, Ramai Puji Keserasian BCL & Ariel Noah – “Duet Yang Terdahsyat Dan Romantis…”

Share

Setelah berehat selepas kematian suaminya dari membuat persembahan di dalam acara besar, penyayi dan pelakon, Bunga Citra Lestari tampil membuat kemunculan di pentas berprestij bersama Ariel Noah pada malam Anugerah Muzik Indonesia 2020 (AMI) yang berlangsung minggu lalu.

Pada majlis anugerah tahunan itu, Bunga dan Ariel telah membawakan lagu popular, Menghapus Jejakmu secara duet.

Sumber foto: Ruetir 

Persembahan tersebut ternyata turut dinanti-nantikan selain barisan pemenang untuk setiap kategori muzik yang dipertandingkan.

Malah, persembahan tersebut turut menjadi tumpuan pencinta muzik.

Video persembahan mereka kemudiannya turut dimuat naik laman Youtube RCTI dan setakat ini telah meraih lebih 2 juta tontonan.

Melihat keserasian mereka sewaktu berada di atas pentas, ada wargamaya yang menyifatkan keduanya kelihatan cukup serasi.

Selain memuji persembahan yang dilakukan keduanya, rata-ratanya juga kagum dengan keakraban mereka berdua dan perkara tersebut ditinggalkan pada ruangan komen.

Terdahulu, menerusi ruangan Instagram, ibu kepada seorang anak itu juga ada memuat naik beberapa hantaran, berkongsi momen-momen bersama Ariel sewaktu menjalani sesi rehearsal anugerah tersebut.

 Foto: YouTube RCTI & Instagram BCL

IKLAN