Kembali Bersama Zayn Malik, Gigi Hadid Dilapor Kini Hamil

Share

Siapa yang tidak mengenali dengan pasangan selebriti antarabangsa sama cantik sama padan, Zayn Malik dan Gigi Hadid yang sering menjadi perhatian peminat seluruh dunia.

Terkini, sumber TMZ memaklumkan model terkenal itu kini sedang hamil dan telah Kembali bersama Zayn.

Pasangan ini sebelumnya pernah membuag keputusan untuk berpisah seterusnya membawa haluan masing-masing.

Di samping itu, keluarga Gigi turut melaporkan kehamilan model berkenaan sudah mencecah usia 20 minggu.

Bagaimanapun, jantina bayi tersebut tidak pula didedahkan.

Imbas Kembali, pasangan ini mula berkenalan sekitar pada tahun 2015 namun hubungan mereka terhenti seketika pada Mac 2018.

Bagaimanapun, pasangan ini kelihatan kembali bersama selepas Gigi berkongsi foto sambutan hari jadinya yang ke-25 bersama Zayn di akaun Instagram.

IKLAN