“Kemain Eh Hadiah Yang Dia Minta,” – Sambut Hari Lahir, Suami Shima Anuar Tanya Mana Kunci Kereta?

Share

Suasana yang cukup romantis buat pasangan suami isteri ini meraikan sambutan hari lahir.

Pelakon, Shima Anuar membawa kek hari lahir sambil menyanyikan lagu buat suami tercinta, Mohd Solih Toha.

Namun apa yang melucukan, ketika membuka bungkusan hadiah, pertanyaan suami memang tak disangka-sangka.

“I wish I’m rich. Thank you sayang. Kasut ni bawa kerja kontrak. Ada tak kunci kereta? Sorok kat rumah sebelah ke?,” gurau si suami.

Keletah suami pelakon berkenaan cukup mencuit hati.

Mungkin terpengaruh dengan kisah tular seorang isteri membuat kejutan menghadiahi kereta buat si suami tak lama dulu, membuatkan dia turut bertanya hal sama.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Marian Sophia, setahun, dan kini sedang hamil enam bulan.

Foto : Instagram Shima Anuar

IKLAN