“Kamu muncul semula dengan parody ke-2. siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam…”

Itulah antara luahan kesal Da’I Wan tentang seorang Instagramers yang terkenal dengan video-video parodinya, iaitu Faiz Roslan.

Pernah ditegur sebelum ini, namun Faiz seakan tidak serik dan melakukannya lagi.

Berang dengan tidak mengambil serious teguran yang diberikan selama ini, Wan memberitahu Faiz perlu berdepan dengannya sekali lagi kerana tidak mahi mendengar nasihatnya dan sengaja mencari pasal.

“Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah,” tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Wan turut menegaskan tiada siapa yang suka melihat perbuatannya itu.

Wan turut mempersoalkan mengapa Faiz sengaja mencari perhatian dengan cara seperti ini kerana banyak lagi cara lain yang boleh dibuat selain dari menghina diri sendiri.

Malah, Wan turut tegas dan berkata isu Neraka jangan dibuat main. Apa yang lebih membuatkan Wan marah, apabila Faiz mengeluarkan video ini pada 1 Ramadhan dan menganggap Faiz mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan perbuatan yang hina seperti ini.

IKLAN

 

Wan, turut mengesa Faiz untuk membuang video tersebut sekiranya tidak dia akan memastikan Faiz dan rakan-rakan akan ditegur sehingga mereka tarik semula perbuatan mereka.

“@thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia.

“Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dgn perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?.

“Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dgn sengaja utk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yg lain akan pastikan yg kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini.

Take note that,” tulisnya lagi.

@thefaizroslan . . . Kamu muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam. . . Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz. . . Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah. . . @thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia. . . Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dgn perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?. . . Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dgn sengaja utk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yg lain akan pastikan yg kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini. . . Take note that.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Bagaimanapun terbaru Faiz ada memuat naik kenyataan di Insta Storiesnya dan meminta netizen jangan masuk campur isu ini kerana dia sendiri sudah meninggalkan mesej kepada Da’I Wan dan membuat luahan.

IKLAN

Keluarkan Parody ‘Perempuan’ Di Hari Pertama Ramadan, Faiz Roslan Diberi Amaran Terakhir Oleh Da’I Wan!

Keluarkan Parody ‘Perempuan’ Di Hari Pertama Ramadan, Faiz Roslan Diberi Amaran Terakhir Oleh Da’I Wan!

Dan apa yang kami perasan, kini Faiz telah memadam video tersebut di Instagramnya.

IKLAN

Aduh macam-macam lah, bagi MH, mungkin ini satu pengajaran buat Faiz dan rakan-rakannya. Janganlah mengambil acuh tak acuh apabila ada pihak menasihati kita. Tiada salahnya jika kita mengambil teguran itu dan perbaiki apa yang patut.

Tidak kisah sama ada ia parody, bergurau atau hanya suka-suka tetapi setiap perbuatan kita perlulah ada hadnya.

Mungkin kerana semalam merupakan hari pertama Ramadan dan Faiz telah mencemarkan dengan video ini membuatkan ramai orang ramah dan terguris dengan perbuatan seperti ini.

Hmmm, agak-agak kalau tak tahu nak buat apa lagi, apa kata jom support World Quran Hour yang akan diadakan pada 7 Jun 2018 akan datang dengan meluangkan waktu selama satu jam membaca Al-Quran! Buka jiwa, buka hati, buka Al-Quran!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI