Pengacara dan penyampai radio, Radin mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Azlina Idris yang juga seorang pramugari.
Namun, mereka masih tidak mempunyai tarikh spesifik buat masa ini.
Meski sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun Radin,30, mempunyai perancangan untuk melakukan majlis merisik dan pertunangan pada tahun ini.
“Perancangan kahwin itu ada, cuma tiada tarikh yang spesifik belum ada sebab masing-masing sibuk dengan tugas. Macam saya sibuk dengan kerja dalam bidang pengacaraan dan DJ radio, dia (kekasih) pula sibuk ‘terbang’ sana sini.
“Dari segi merisik dan ke fasa pertunangan itu, Insyallah saya akan mulakan tahun ini juga.
“Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, hos ini ditemui di perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya pada Jumaat.
Saling mengenali lebih dua tahun, Radin juga difahamkan sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.
“Saya pun dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah, keluarga terima dan merestui hubungan kami. Mereka sudah bagi ‘green light’.
“Saya pun dah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak tiada halangan. “Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,” jelasnya.
Akui mempunyai cabaran dalam perhubungan cinta jarak jauh, namun pemilik nama penuh Radin Amir Affendy ini tetap positif.
“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak jumpa sajalah.
“Jadi kami berhubung melalui Face Time, Video Call dan ‘update’ di Intagram masing-masing,” jujurnya yang sentiasa merindui kekasihnya itu.
Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.
Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep ini bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik antaranya Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay selama 3 hari 2 malam.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Nu-Prep adalah produk yang berasaskan kesihatan lelaki dan wanita.
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian pelawak popular arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, terus mendapat perhatian sehingga ke hari ini, malah turut mendapat ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Bukan tidak redha akan pemergiannya, namun kebaikan yang dilakukan terlalu banyak sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang didedahkan.
Jelas Mufti Wilayah menerusi perutusan di laman sosial miliknya, pabila kematiannya disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah).
Bagi saya, bilamana kematiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah).
Malah, dia turut menitipkan pesanan khas buat anakanda arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bahawa ayahandanya seorang yang baik dan disenangi ramai.
Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang.
Jelasnya lagi, hatinya cukup tersentuh dengan pemergian pelawak ini dan tergerak hati untuk menziarahinya namun tidak berkesempatan atas kekangan masa. Walau bagaimanapun dia sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan jenazah di media sosial.
Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim berkongsi foto terbaru anaknya, Nur Amna Quxandra, yang kini semakin membesar dengan sihat.
Pada masa sama, si ibu turut memohon agar peminat menjaga kata-kata setiap kali bertemu dan sebolehnya tidak kaitkan dengan soalan bersifat sensitif.
“Hi aunties & unclesss. Ye, sy la BABY XANDRA yg klef tu. Alhamdulillah sy membesar dgn sihat dan ceria.
“Cuma, klo aunty uncle jumpa sy depan2, tak payah la ckp “ini la anak Lan yg SUMBING tu kan?”
“Sbb sy br nk masuk 2 tahun hujung bulan nie. Jadi, sy sdiri tak tau apa jadi kt saya,” luahnya.
Jelas Sheila lagi, mungkin ada yang beranggapan ia sekadar soalan biasa, namun bagi dirinya, dia hanya mahu kesemua permata hati membesar seperti kanak-kanak lain.
“Mungkin bg aunty uncle tu soalan biasa, tp bg sy yg makin membesar ni. sy kene bersedia dgn sekeliling sy.
“Its okay utk bertanya tapi harap2 aunty uncle bertanya pada tmpt yg sesuai & kene pada masa.
“Im still young dear uncle aunty.. izinkan sy membesar sama mcm anak aunty & uncle ye. Love – XANDRA,” tulis Sheila panjang lebar.
Terdahulu suaminya Lan Solo, bersyukur keadaan anaknya, Nur Amna Quxandra, semakin baik selepas menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing pada 31 Mei tahun lalu.
Bagaimanapun Xandra perlu dipantau sehingga berusia 18 tahun berikutan proses tumbesaran kerana bimbang akan timbul kesan rekahan di lelangit kanak-kanak berkenaan.
Foto : Instagram Sheila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.