“Keluar Lepas Subuh & Balik Sebelum Subuh,” – Penggambaran 9 Hari Tanpa Henti, Norman Hakim Sampai Tidur Berdiri Di Balik Tiang!

Share

Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.

Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.

“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.

“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.

“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.

Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.

Foto: Instagram Norman Hakim

IKLAN