‘Keluar’ 3 Hari, Betty Ramad Mahu Suami Fokus, Tak Perlu Call & Update

Share

Pelakon, Betty Rahmad akui senang dan bangga dengan masa yang diluangkan oleh suaminya, Ardy Damis untuk berdakwah serta mendalami ilmu agama.

Menurut Betty, dia juga memberikan ruang buat suaminya itu untuk benar-benar fokus tanpa perlu memaklumkan mengenai rutin hariannya.

“Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah Allah izinkan dan jemput suamiku “keluar” tiga hari lagi malam tadi.

“Kali ni saya buat deal tak perlu message or call unless ada benda penting saja. Goodnight good morning tengah buat apa tu semua kita lupakan 3 hari ni supaya kamu dapat focus InsyaAllah.

“Semoga usaha dan pergorbanan diberkati Allah swt,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat perubahan positif yang berlaku di dalam keluarga Betty.

“Keluarga Betty memang contoh buat semua. Baik dari segi didikan anak, amal ibadah dan kerjaya.

“Perlahan-lahan tengok keluar ini berubah. Power kak.

“Alhamdulillah. Menuju keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah. Semoga Betty dan isteri teris isqomah.

“Tahniah. Isteri yang hebat buat suami yang hebat,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Januari lalu, suami Betty turut menyertai program yang sama buat pertama kalinya.

Sekadar informasi, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad

IKLAN