Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Aiman Tino yang bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Syarah Haifa, Khamis ini.
Berita gembira tersebut turut disahkan bapanya, Yusri Ishak, lapor Harian Metro.
Yusri berkata, majlis raja sehari itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.
“Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja.
“Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini,” katanya.
Berkongsi mengenai persediaan kahwin anaknya itu, Yusri meyakini ia adalah keputusan terbaik dibuat Aiman.
“Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya.
“Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.
“Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup.” katanya lagi.,
Difahamkan, majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei depan.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi berusia 25 itu mendedahkan akan mendirikan rumah tangga tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Syarah Haifa, Januari lalu
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Impian penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto tercapai menerusi lagu Menjaga Cintamu yang juga lagu runut bunyi (OST) bagi filem Anwar, The Untold Story.
Filem Anwar, The Untold Story adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment sementara lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Menurut Siti, dia sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna.
“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.
“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya adalah menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia.
“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem Anwar, The Untold Story. Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Mengenai lagu Menjaga Cintamu, kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem Anwar tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik Menjaga Cintamu ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya.
Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman lagu Menjaga Cintamu berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya.
“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19.
“Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik. Proses rakaman di buat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya lagi.
Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya.
“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi.
“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya.
Filem Anwar, The Untold Story yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei nanti.
Filem yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menceburi bidang lakonan, terbaharu personaliti media sosial, Ryan Bakery meneroka satu lagi cabang seni baharu bergelar penyanyi pula.
Tampil dengan single pertama iaitu Raya Last Minit kolaborasi bersama Andi Bernadee, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata dia sekadar ingin mewarnai dan memeriahkan lagi industri seni tanah air.
“Mulanya saya agak nervous nak masuk studio rakaman.
“Tapi Andi sangat supportive dan banyak beri tunjuk ajar pada saya.
“Tujuan saya ceburi bidang nyanyian ini pun adalah sekadar untuk mewarnai lagi industri.
“Saya terbuka untuk terima sebarang maklum balas ramai terhadap lagu raya kami ini,” katanya kepada MH.
Ryan ditemui pada majlis pelancaran lagu raya duet bersama Andi berjudul Raya Last Minit yang diadakan di Ibis Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi lanjut mengenai kolaborasi itu, Ryan senang bekerja dengan Andi yang disifatkan sama-sama masuk air seperti dirinya.
“Kami berdua memang cepat ngam, Andi pun jenis masuk air (gila-gila) juga.
“Kalau nak tahu penggambaran muzik video lagu ini pun hanya mengambil masa sehari sahaja untuk diselesaikan.
“Memang senang bekerja dengan produksi ini, semuanya dipermudahkan.
“Raya Last Minit ini pun saya suka genre lagu-lagu satira dan humor yang diselitkan menerusi naskhah ini.
“Lagu ini menceritakan situasi persiapan raya last minit. Semua persiapan untuk menyambut raya dilakukan di saat akhir contohnya lupa nak selit duit dalam sampul raya, pakai songkok secara senget dan lupa beli tiket untuk balik raya.
“Dan saya percaya kita semua pernah lalui pengalaman macam ini lebih-lebih lagi bila tahun lepas kita semua raya mengejut,” katanya berseloroh.
Raya Last Minit merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...