Kelakar! Syafiq Kyle Tanya Apa Juadah Raya Yang Paling Senang Nak Sediakan, Lalu Ini Yang Dikomen Netizen

Share

Baru-baru ini, pelakon Syafiq Kyle ada bertanya buat para pengikutnya di Instagram mengenai apakah lauk raya yang perlu ada dan yang paling mudah untuk disediakan selain rendang?

Pertanyaan tersebut dibuat adalah berkisar iklan rayanya yang kini sudah boleh ditonton menerusi platform media sosial bintang Nur 2 itu.

“Selain rendang, lauk apa yang perlu ada dan senang nak masak untuk pagi raya? Share dengan Capik please,” tulisnya sambil memberikan pautan iklan raya penuhnya itu.

Lalu, rata-ratanya memberikan pelbagai dan tak kurang yang berbaur humor. Malah, ada beberapa komen yang ditinggalkan turut mendapat respon dari Syafiq.

Aduhai… macam-macam reaksi yang diberikan mereka kan? Apa pun, iklan raya istimewa ini juga turut menampilkan pelakon berbakat besar, Nabila Huda dan Sheila Mambo sebagai undangan khas.

Iklan ini mengisahkan perjalanan Syafiq bersama isterinya (lakonan Anna Jobling) yang pulang ke kampung buat pertama kali selepas berkahwin.

Sehingga kini, iklam tersebut sudah pun ditonton hampir 70,000 kali di YouTube.

Foto: Instagram Syafiq Kyle

IKLAN