Kekasih Taylor Swift Bertunang Dengan Jennifer Niven? Apa Dah Jadi?

Share

Kecoh di Twitter apabila Jennifer Niven memuat naik foto mesra bersama seorang lelaki mirip Joe Alwyn iaitu kekasih Taylor Swift dengan kapsyen ‘dear

lovelies, I said yes…’

Terkejut dengan foto yang disebarkan, peminat cukup kecewa dan terkejut kerana menyangka ratu pop ini putus cinta buat sekelian kalinya.

Taylor sebelum ini sinonim dengan kisah cinta pakai buang dengan beberapa selebriti, termasuk Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal dan Harry Styles.

Namun, Jennifer di laman Instagram telah memuatnaik foto lain dan nyata tunangnya memiliki wajah seiras Joe Alwyn. Bolehlah netizen tarik nafas lega kan?

Foto : Instagram Taylor Swift, Jennifer Niven

IKLAN