Uncategorized

“Kekalkan Begini, Percayalah Kamu Tersangatlah Cantik,” – Neelofa Berniqab Serba Hitam Di Tanah Suci, Netizen Tak Nafi Kecantikan Neelofa…

Share

Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi foto-foto dan dia berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya.

Namun, ada sebuah foto yang menarik perhatian netizen apabila pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu mengenakan niqab serba hitam.

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen positif netizen.

Rata-ratanya inginkan Neelofa meneruskan dengan cara penampilan sedemikian meski sudah balik di Malaysia kelak.

Sebelum ini, Neelofa mengumumkan pemergiannya bagi menunaikan ibadah umrah menerusi laman media sosialnya, minggu lalu.

Turut bersamanya ialah ibu tersayang, Datin Noor Kartini.

Foto/Instagram: Neelofa

IKLAN