Kejutan Zamani Tersingkir & Dapat Markah 56.50%, Lihat Ranking Semua 12 Peserta

Share

Penyanyi Zamani diumumkan sebagai bintang kelima tersingkir daripada meneruskan saingan di pentas All Stars Gegar Vaganza yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Zamani hanya memperolehi markah sebanyak 56.50% sekali gus berada di posisi paling corot dalam kalangan 12 peserta bertanding.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada juri-juri kita… dan pada semua yang bagi penyokong kepada kru Gegar Vaganza. Terima kasih banyak-banyak.

“Kalau saya ada buat apa-apa, harap halal saja dan teruskan sokongan pada Gegar Vaganza,” katanya sejurus tersingkir.

Zamani yang membuat persembahan menerusi lagu Kau Pergi Jua yang dipopularkan oleh Adam Ahmad gagal memuaskan hati juri.

Sementara itu, Liza Hanim terus konsisten apabila berjaya meraih markah tertinggi minggu ini iaitu sebanyak 76.75 peratus, diikuti Hady Mirza (76.50 peratus) dan Azharina (75.25 peratus).

Berikut dibariskan carta markah semua bintang yang bersaing minggu ini;


@mediahiburanofficial Tak ada rezeki Zamani, momen saat namanya tidak terpampang di LED ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang bersama Datuk Syafinaz Selamat.

Program realiti popular ini bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN