Kejutan ‘Live’ Di TV Raih Pujian, Kiah Propa Ucap Terima Kasih – “Hanya Menjalankan Amanah & Tanggungjawab.”

Share

Baru-baru ini, nama selebriti Kiah Propa telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas membuat kemunculan mengejut di pentas akhir program Big Stage 2022, Ahad lalu.

Kiah yang lengkap membawa senduk kuali meluru secara tiba-tiba ke posisi Presiden Netizen, Datuk Seri Vida.

Situasi spontan itu nyata menimbulkan rasa cemas penonton terutamanya bagi mereka yang menyaksikan secara siaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, kemunculan bekas hos itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan sebuah drama rantaian terbaharu, Jangan Menangis Cinta terbitan Astro.

Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, Kiah memberitahu bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak produksi.

Tambahnya lagi, sebagai seorang pelakon dia harus melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak yang telah diberikan kepadanya.

“PEGANG TEGUH PADA WATAK YG DIBERI… AYANG BT SATNA @dramajanganmenangiscinta Arahan @rajamukhriz karya hebat @sitirosmizahsemail

“Tidaklah bangga wataknya sebegitu..hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang pelakon..Terima kasih Malaysia kerana menerima saya..,” tulisnya.

Selain Kiah, Jangan Menangis Cinta ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Remy Ishak, Rita Nadira, Atilia dan ramai lagi.

Drama bersiri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, bermula 21 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Kiah Propa

IKLAN