Kejutan dapat disaksikan menerusi saingan minggu keenam program Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi apabila dua pesertanya, Reshmonu dan Illa Sabry diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Reshomu dan Illa masing-masing berada di dua kedudukan paling bawah iaitu dengan markah sebanyak 57.30% dan 55.70%.
Kejutan Dua Bintang Tersingkir
Sementara itu penyanyi Liza Aziz kembali menduduki tangga pertama dalam kalangan 11 peserta yang bertanding apabila menerima markah tertinggi minggu ini dengan 76.50%.
Ads
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Liza membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.
Semak Semua Markah
Dadali Dyrga dan Sheila Abdull pula di kedudukan yang kedua dan ketiga. Ini dia markah keseluruhan semua bintang bertanding minggu ini;
Ads
Tema Minggu Depan
Minggu hadapan, sembilan peserta yang masih kekal akan menyahut cabaran dengan tema ‘Gwencana’, yang mana mereka bakal membuat persembahan menyanyikan lagu di luar kebiasaan masing-masing.
Ads
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse (kini digantikan dengan Sherry Al Hadad) bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehangatan konsert The Journey of Sound : Judika & Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan lebih 25,000 penonton di Stadium Mereka, Kuala Lumpur, pada Sabtu itu masih lagi diperkatakan para peminat.
Rata-ratanya teruja apabila dapat menyaksikan dua figura bervokal emas dari dua negara itu berpadu suara di atas pentas yang sama di dalam sebuah konsert berskala besar.
Selain barisan lagu hits yang disampaikan, turut mencuri tumpuan termasuk segmen Siti dan Judika yang saling cabar diri menyampaikan lagu hits masing-masing.
Judika menyampaikan lagu Wajah Kekasih sementara Siti pula mempersembahkan lagu Bukan Dia Tapi Aku.
Menerusi video yang dikongsikan MH di platform TikTok misalnya, ramai yang memuji penghayatan diberikan Siti ketika menyampaikan lagu hits dari Judika itu.
Kebanyakannya meluahkan rasa teruja dan tak kurang yang tidak menafikan ibu kepada dua cahaya mata itu kekal berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
“Bila diamati lagu ni teliti, feel TokTi ke benak hati terdalam. Terasa dibuai cerita lagu tu.”
“Lagu ni susah mat. Sedapnya Siti bawa. Im crying.”
“Dia dah tak perlu nak buktikan apa-apa lagi. 28,000 orang yang datang cukup buktikan dia another level punya aura kat negara kita.”
“Prime time TokTi paling lama.”
“Part ni paling best. Stop rekod sebab nak menghayati. Satu-satu bait lirik sampai, memang terbaik.”
“Aku suka dia bawa lagu orang. Automatik jadi versi dan lagu dia sendiri.”
Video berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 800,000 kali tontonan disusuli dengan beratus komen lain yang diberikan wargamaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ratu Cantik Malaysia, Rieyka Lee, 28, tidak kalah gaya dalam pertandingan Miss Intercontinental 2024 apabila menampilkan kostum nasional yang cukup menarik untuk dipersembahkan dalam segmen tersebut.
Memilih tema Kuda Sembrani sebagai konsep utama rekaan, busana lengkap itu mengangkat kisah dari makhluk mitos kuda bersayap dikenali sebagai Kuda Sembrani yang dimiliki oleh Raja Suran.
Dalam perkongsian di laman Instagram, gadis dengan ketinggian 164cm ini menerangkan dengan lebih lanjut simbolik pemilihan makhluk mitos itu sebagai kostum nasional.
“Cerita dongeng Kuda Sembrani mengajar kita pelajaran yang tidak ternilai, terutamanya bagi wanita yang melayari landskap digital hari ini.
“Ia menggalakkan kita untuk menerima keunikan kita, memanfaatkan kekuatan kita, dan mengejar impian kita tanpa rasa takut, mengingatkan kita bahawa kita mampu mencapai kehebatan dengan hak kita sendiri,” kongsinya akan simbolik kostum yang digayakan.
Tambahnya lagi, kostum tersebut juga menjadi perlambangan kepada kekuatan dan keberanian dan menjadi inspirasi untuk menghadapi cabaran dengan semangat yang tak kenal lelah.
Kostum nasional ini menyerlahkan rona putih secara keseluruhan dan dihiasi dengan perhiasan rona emas bersepuh yang menaikkan lagi seri keseluruhan rekaan.
Pertandingan ratu cantik Miss Intercontinental 2024 kini sedang berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir. Menampilkan lebih 60 peserta, masing-masing berjuang hebat untuk memenangi gelaran tersebut sekaligus membanggakan negara yang diwakili.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ruhainies menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya seperti ingin menunggang agama hanya kerana kerap kali berkongsi mengenai kebaikkan berselawat selama 40 hari bersama para pengikutnya di media sosial.
Menurut Ruhainies, dia hanya berkongsi perkara yang baik dan terpulang kepada semua pihak sama ada untuk menerima atau tidak inisiatifnya itu.
“Sebenarnya saya tak nak terlalu berkongsi perkara ini. Saya bimbang nanti kurang pahala. Saya hanya berkongsi mengenai perkara baik. Terpulanglah nak ikut atau tidak.
“Mungkin ada yang kata saya menungang agama atau nak tunjuk baik namun, pada saya, kita tak perlu nak jadi baik untuk sebarkan kebaikan.
“Saya hanya berkongsi apa yang saya buat sahaja. Sesiapa yang nak ikut, alhamdulillah. Yang tak nak ikut, saya okay sahaja. Saya tak rugi apa-apa langsung,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu berlata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran produk terbaharu Elegant Cosmetics yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height pada Ahad.
Dalam pada itu, Ruhainies akui dia menerima banyak manfaat dan hal-hal positif selepas mengamalkan rutin selawat selama 40 hari.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku tapi saya tak boleh nak berkongsi semua. Antara yang saya dapat rasakan adalah ketenangan. Ia perkara yang tak dapat dibeli walaupun kita kaya raya.
“Saya juga terima rezeki tanpa henti, gembira bersama keluarga, keluarga sihat, dan dipertemukan dengan orang-orang baik dan sayang kita secara tiba-tiba,” katanya lagi.
Lantaran itu, Ruhainies turut memaklumkan dia masih meneruskan rutin selawat dan rasa seperti tidak lengkap jika meninggalkannya.
“Perjalanan selawat saya selama 40 hari sebenarnya sudah pun selesai. Namun, ibu saya nasihat untuk teruskan lagi dan jangan berhenti. 40 hari itu hanya untuk buat kita rasa terikat.
“Bila satu hari tak buat, kita rasa seperti tak lengkap. Itu yang saya rasa sekarang. Kalau tak cukup seribu selawat sehari, saya rasa seperti ada yang tidak sempurna.
“Daripada duduk saja-saja atau saya terfikir hal-hal negatif, lebih baik kita selawat,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia kini ada menyertai kelas-kelas agama seperti rakan-rakan artis yang lain, Ruhainies memaklumkan dia lebih selesa menjadi kelas secara tertutup.
“Saya hadiri kelas secara online sahaja. Ada yang pelawa saya sertai kelas secara face to face tapi saya belum bersedia. Kalau boleh, saya tak mahu ada kamera bila pergi kelas agama.
“Saya tak nak terlalu berkongsi hal ini. Takut nanti orang pertikai. Perkara itu boleh mengurangkan pahala orang lain dan saya sendiri.
“Saya tak nak buka ruang orang buat dosa. Biarlah diantara saya dan Allah sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Ruhainies hadir ke acara yang diadakan oleh Elegant Cosmetics sebagai bekas duta.
Pada majlis tersebut juga, dua selebriti popular iaitu Fattah Amin dan Adira Suhaimi turut diperkenalkan sebagai duta baharu Elegant Cosmetics.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.