Keith Foo Nafi Rumah Tangga Bermasalah

Kebelakangan ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuat naik ke Instagram, dan disebabkan itu ramai mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bergolak.

Dalam pada itu juga isterinya tidak lagi mengikut Instagram Keith lagi.

Spekulasi tersebut dikuatkan lagi apabila pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ariana Rose ini dikhabarkan menjalani rawatan di hospital oleh kerana tekanan dalam situasi rumah tangganya kini.

Menurut sebuah portal online, Keith berkata cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan dia dan isteri seperti biasa sahaja.

IKLAN

Baru-baru ini juga, Keith dimasukkan ke hospital tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam dan kepalanya terhantuk pada objek keras. Disebabkan itu, dua malam dia terpaksa bermalam di hospital bukan disebabkan tekanan rumah tangga seperti yang didakwa.

Mengenai isteri yang tidak lagi mengikuti dirinya di laman sosial berkenaan, Keith berkata, ia bukanlah satu perkara besar.

Anak buahnya pun kerap bermain telefon bimbit isteri dan mungkin dia tersalah tekan hingga tidak lagi mengikuti saya di Instagram,” Katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Keith akui jarang muncul di layar Tv oleh kerana ingin menumpukan pada keluarga lebih-lebih lagi dia baru menimang cahaya mata perempuan penghujung Mei yang lalu.

Apabila berkahwin, saya kini lebih tahu apa yang perlu diutamakan. Keluarga antara keutamaan saya sekarang, selain itu saya juga aktif bersenam di gimnasium,” katanya lagi.

Berbagai sahaja gosip muncul, walhal rumah tangga Keith dan isteri bahagia sahaja rupanya.Kim juga baru-baru ini telah memuat naik Insta Story menunjukkan mereka sedang menikmati makan malam bersama. Keith juga baru-baru ini telah memuatnaik gambar bersama isterinya.

IKLAN

Apapun MH berharap agar Keith dan isteri sentiasa berbahagia di samping anak comel mereka, Skylar Raymond Foo.

Sumber : Berita Harian