Disebalik kemeriahan Sukan Sea, tumpuan juga kerap beralih arah melihat kehadiran anggota keselamatan yang ditempatkan di venue serta di gelanggang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kesemua elemen JSJ seperti Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu turut digabungkan untuk menjaga keselamatan seorang puteri Raja Thailand.

Kehadiran Puteri Sirivannavari Tarik Perhatian
BUKIT JALIL 19 AUGUST 2017. Anggota PDRM mengawal ketat kontingen dari negara Thailand yang di hadiri oleh Puteri Thailand, Sirivannavari Nariratana sempena majlis pembukaan Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Anak Raja Vajiralongkorn, iaitu Puteri Sirivannavari Nariratana, 30 merupakan atlet VVIP Thailand yang turut mengambil bahagian dalam acara ekuastrian yang dijadualkan bakal berlangsung Selasa ini.

Anggota STAFOC mengawal ketat kontinjen dari negara Thailand yang di hadiri oleh Puteri Thailand itu sendiri ketika menyaksikan majlis perasmian Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil dua hari yang lalu.

IKLAN

Sepanjang tempoh keberadaan Puteri Sirivannavari di Malaysia, seramai 16 anggota pegawai dan anggota STAFOC ditempatkan mengawasi pergerakaannya. Manakala seramai 24 petugas lain mengawasi kenamaan yang lain.

Di samping itu, pengawasan pasukan JSJ turut diperkuatkan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena upacara perasmian Sukan Sea 2017, termasuklan pasukan yang mengiringi Puteri Sirivannavari yang turut menyertai perarakan kontinjen di stadium.

IKLAN

Puteri Sirivannavari juga merupakan satu-satunya Puteri Raja Thailand. Tidak hanya jelita, namun beliau juga aktif melibatkan diri dalam acara sukan, termasuklah Sukan Sea 2013 di Myanmar dan Asian Games 2014 di Korea.

Sumber : BH Online

IKLAN

(Video Princess Sirivannavari Nariratana Thailand @ Paris 3 october 2016 Fashion Week show Vall) Sumber : Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI