“Kegagalan Dulu Tak Matikan Semangat Kau,”- DS Umie Aida Bangga Anak Angkat Yang Dijaga Sejak Kecil Sudah Tamat Belajar

Share

Bangga dengan kejayaan anak, Mohd Dzulhelmy Jamaludin dalam merangkul segulung diploma baru-baru ini, pelakon Datin Seri Umie Aida berasa sebak dan terharu di atas pencapaiannya itu.

Malah, pelakon filem Dukun itu turut memberikan kata-kata semangat buat anak angkatnya itu yang berada di bawah jagaannya semenjak kecil lagi.

Alhamdulilah… segulung ijazah yang kau genggam hari ini adalah hasil usaha kau yang tak kenal erti “putus asa” ! Tahniah @dzulhelmy22 kegagalan dulu tidak mematikan semangat kau!

“Kau cuba dan cuba.. alhamdulilah.. ibu bangga kerana semangat kau . Itu pengajaran yang mahal yang kau akan gunakan dalam kehidupan seterusnya. Usaha tangga kejayaan & never give up!,” tulisnya.

Turut disertakan ialah beberapa keeping foto  sekitar anugerah konvokesyen.

Difahamkan, Zul,25 berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti swasta baru-baru ini.

Terdahulu, Umie mendirikan rumah tangga bersama suami pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Umie juga mengambil anak angkat, Nur Aisya yang dibela sejak berusia 12 hari.

Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.

Foto : Instagram Umie Aida

IKLAN