Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua, petik Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.
Terdahulu, akhbar sama sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Ads
Wanita yang dikahwini dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memohon semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung fotonya bersama pengacara, Hawa Rizwana Redzuan yang dimuat naik di laman Instagram pagi tadi.
Menurut Zizan, motifnya memuat naik gambar tersebut adalah untuk memaklumkan mengenai projek drama terkininya bersama Hawa.
“Assalamualaikum, okay Malaysia, oh my god. Saya mahu anda semua bertenang. Mengenai posting saya sebentar tadi, niat saya adalah untuk menguar-uarkan naskah yang akan kami keluarkan,” katanya.
Video penjelasan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, projek tersebut bakal menjadi debut pertama Hawa sebagai seorang palakon.
“Ini adalah lakonan pertama Hawa. Tiba-tuba jadi lain pula kisahnya. Disebabkan posting tersebut, orang ingat saya dengan Hawa ada apa-apa. Tidak, bukan itu ceritanya.
“Saya hanya mahu menguar-uarkan tajuk cerita tersebut supaya anda semua boleh nantikan sebab ia akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Zizan turut merakamkan ucapan terima penghargaannya kepada semua pihak yang menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
“Rakyat Malaysia kena bertenang ye. Apapun, terima kasih kepda semua pihak yang menyokong saya, Hawa dan industri seni kita. I love you Malaysia,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut sempat berseloroh dengan mengatakan mereka bersetuju dan tiada masalah sekiranya Zizan dan Hawa betul-betul punyai hubungan istimewa.
“Tapi kalau betul pun ada apa-apa pun okay sangat tu. Kasi jadi jelah.
“Kalau ada pun, apa salahnya. Sudah masanya.
“Zan, jika betul jodoh, Alhamdulillah. Sama baik, sama padan.
“Kalau dah jodoh tak ke mana.
“Tak mengapa Abang Zizan. Kalau ada apa-apapun kami sokong je,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, foto Zizan bersama Hawa itu nyata telah menzahirkan rasa teruja dikalangan netizen dan rakan selebriti sehingga posting tersebut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar di laman Instagram miliknya pada pagi Isnin meraih perhatian ramai.
Ia susulan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, memuat naik gambarnya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama.
“Alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua @rossa.sera,” tulis Shuk di ruangan kapsyen.
Tahun lalu, kemelut melibatkan rumah tangga pasangan ini sering diperkatakan apabila Shuk didakwa bermain kayu tiga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis bersyukur melihat hubungan baik yang kembali terjalin di antara Shuk dan Sera.
“Alhamdulillah syukur Dol,” komen Shuib Sepahtu.
“Syukur Alhamdulillah,” titip penyanyi Usop.
“Happynya tengok.
“Moga kalian bersatu balik la ya.
“Kalau dah dapat peluang kedua, tolonglah jangan disia-siakan,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pergolakan rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pelakon Puteri Sarah Liyana masih lagi berpanjangan apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.
Terbaharu, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan Syamsul mengapa dia menyekat isteri pertamanya itu menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.
Menerusi perkongsian di Insta Story pada pagi Rabu, Sarah mengatakan Syamsul telah memutar belit cerita berkenaan masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
“Twistlah (putar belitkan) cerita selagi boleh. Takpelah nak minta lepas pun. Haaaa jangan lepas ni twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia’.
“Enough with the play victim drama and blaming (Cukup-cukuplah berdrama seperti anda adalah mangsa keadaan),” tulis Sarah.
Terdahulu, Syamsul telah memuat naik sebuah video pada tengah malam Selasa mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp Sarah kerana enggan bergaduh serta mengeruhkan lagi hubungan di antara mereka.
Menurut pengarah filem Munafik itu, Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali mereka berbincang mengenai isu rumah tangga sehingga membuatkannya terpaksa mengambil keputusan menyekat aktres itu sejak setahun lalu.
“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.
“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?
“Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara. Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya menerusi video tersebut.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat pendedahan mengatakan dia sudah berkahwin buat kali kedua di Thailand dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...