Categories: Uncategorized

Kedai Dimasuki Perompak, Sherry Ibrahim Dedah Foto Perompak

Share

Terkejut MH apabila dapat berita bahawa kedai pelakon, Sherry Ibrahim dimasuki perompak, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sherry bertuah apabila kamera CCTV di kedainya itu dapat menangkap dengan jelas muka pelaku tersebut.

Berikutan itu, Sherry telah melakukan ‘report’ polis serta mengambil inisiatif menyebarkan foto tersebut di laman Instagram miliknya bagi mendapatkan bantuan daripada masyarakat.

“Assalamualaikum semua, mohon Sebarkan. Pada 14 Mei 2018, pejabat jualan ‘online’ Sherry Scarves di Gombak telah di masuki pencuri dan 9 biji telefon bimbit telah di curi.

“Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini.

“Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.

“Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah-mudahan dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.Dan suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini.

“Laporan Polis telah di buat,” tulisnya.

ALLAHU, dugaan buat Sherry. Susulan itu, ramai peminat memberikan kata-kata semangat kepada pelakon drama ‘Syurga Yang Kedua’ itu.

MH juga lihat, Sherry mengambil inisiatif membalas beberapa komen peminat yang mendoakan agar dia sentiasa dalam keadaan okay.

MH juga turut mendoakan agar Sherry perolehi kembali data-data pelanggannya di dalam telefon bimbit tersebut. Mungkin dia juga boleh mengambil iktikbar daripada peristiwa tersebut dengan membuat ‘back-up’ data para pelanggannya.

sumber: IG Sherry Ibrahim

IKLAN