Terkejut MH apabila dapat berita bahawa kedai pelakon, Sherry Ibrahim dimasuki perompak, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sherry bertuah apabila kamera CCTV di kedainya itu dapat menangkap dengan jelas muka pelaku tersebut.

Berikutan itu, Sherry telah melakukan ‘report’ polis serta mengambil inisiatif menyebarkan foto tersebut di laman Instagram miliknya bagi mendapatkan bantuan daripada masyarakat.

“Assalamualaikum semua, mohon Sebarkan. Pada 14 Mei 2018, pejabat jualan ‘online’ Sherry Scarves di Gombak telah di masuki pencuri dan 9 biji telefon bimbit telah di curi.

“Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini.

“Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.

“Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah-mudahan dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.Dan suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini.

“Laporan Polis telah di buat,” tulisnya.

Assalamualaikum semua, . Mohon Sebarkan: . Semalam 14 Mei 2018 pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah di masuki PENCURI dan 9 biji telefon bimbit telah di curi. . Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini. . Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut. . Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah2an dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.Dan suspek juga memang ada banyak kes2 lain sebelum ini. . Laporan Polis telah di buat??‍♂️⚖️ . Bagi yang mempunyai maklumat boleh whatsapp En. Zali – 016 411 4020 . Terima kasih atas bantuan semua & please share ?

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

IKLAN

ALLAHU, dugaan buat Sherry. Susulan itu, ramai peminat memberikan kata-kata semangat kepada pelakon drama ‘Syurga Yang Kedua’ itu.

Kedai Dimasuki Perompak, Sherry Ibrahim Dedah Foto Perompak

Kedai Dimasuki Perompak, Sherry Ibrahim Dedah Foto Perompak

IKLAN

MH juga lihat, Sherry mengambil inisiatif membalas beberapa komen peminat yang mendoakan agar dia sentiasa dalam keadaan okay.

Kedai Dimasuki Perompak, Sherry Ibrahim Dedah Foto Perompak

IKLAN

Kedai Dimasuki Perompak, Sherry Ibrahim Dedah Foto Perompak

MH juga turut mendoakan agar Sherry perolehi kembali data-data pelanggannya di dalam telefon bimbit tersebut. Mungkin dia juga boleh mengambil iktikbar daripada peristiwa tersebut dengan membuat ‘back-up’ data para pelanggannya.

sumber: IG Sherry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI