Kecoh! Video Mirip Eyka Farhana & Akhyar Rashid Undang Persoalan Netizen

Share

Tular di laman Twitter apabila satu potongan video pendek yang dirakam menerusi aplikasi boomerang mirip pelakon Eyka Farhana dengan bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Perak Power kira-kira dua hari lalu itu sudah pun mendapat hampir 70,000 tontonan setakat kini.

“Selamat Petang. Apa buat cuti cuti ni? Selamat bercuti,” tulis status berkenan.

Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai netizen.

Malah difahamkan, Eyka sendiri ada memuat naik foto bersama bintang sukan berkenaan menerusi Insta Stories yang dipercayai diambil di sebuah destinasi percutian.

Foto: Twitter Perak Power

IKLAN