
Terbaru, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang indvidu lelaki mirip penyanyi, Aliff Aziz di laman media sosial.
Mengejutkan, rakaman video berdurasi 1 minit 30 saat itu kelihatan lelaki berkenaan itu dikihat membuat kecoh di tempat awam.
Bukan itu sahaja, aksi turut merakamkan lelaki berkenaan cuba untuk memperlihatkan kemaluannya sambil mengeluarkan kata-kata kesat di tempat kejadian ketika kekecohan berlaku.
Menurut sumber Astro Awani, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Singapura.
Aliff aziz buat lagi 😂
Posted by Official_Fidz on Sunday, 12 January 2020
Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian netizen dan ia sekali gus rata-rata memberikan reaksi pelbagai terhadap kekecohan yang berlaku.

Sedikit info melibatkan Aliff Aziz, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang-Sayang itu pernah membuat kekecohan dan didakwa berada dalam keadaan mabuk ketika itu.
Insiden berkenaan berlaku sekitar November lalu.
Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini kemudian berpisah pada 16 Mei 2019.
Video: Astro Awani, Oh Bulan Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kejap, Saya Nak Nyanyi Lagu Abang,” – Sham Visa Join Buskers Nyanyi Lagu Untukmu Selamanya, Sporting Habis!

Teruja dengan persembahan dari pemuzik jalanan (buskers) di sekitar pusat membeli-belah E-Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini, penyanyi Sham Visa melihat ada kehebatan tiga anak muda yang terbabit.
Merakam video bersama Naqiu yang dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), mereka mula mendekati buskers tersebut lalu saling bersalaman.
Sekali gus, buskers tersebut terkejut dan teruja, lalu menyanyikan lagu popular kumpulan Visa berjudul Untukmu Selamanya.
“Abang Sham, kejap saya nak nyanyi lagu abang.
“Saya tak kira. Feeling jumpa Sham Visa,” kata salah seorang angoota kumpulan itu teruja.
Tidak membuang masa, anak muda tersebut memulakan petikan gitar dan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Lantas, keunikan suara buskers itu membuatkan Sham terpukau dan turut duet bersama.
Memuji kehebatan tiga anak muda berkenaan, pemenang tempat keenam GV6 itu melihat bahawa mereka mempunyai bakat yang luar biasa.
“Wow! Power, respect. Saya harap satu hari nanti, ada pihak yang mendengar dan melihat bakat mereka (buskers) yang sangat luar biasa,” puji Sham selepas selesai menonton persembahan buskers tersebut.
Sementara itu, Naqiu berharap agar pihak industri muzik mengetengahkan bakat mereka.
“Kita sebenarnya kena tahu yang di luar sana banyak bakat yang bagus yang masih belum diketengahkan.
“Sebenarnya industri kita ketandusan dengan bakat-bakat sebegini. Biasa kita dengar benda yang sama sahaja.
“Tapi seperti yang kita dengar tadi (buskers), mereka ada aura yang kita tak nampak.
“Jadi, kami harap mereka akan ‘naik’ dan buat muzik yang berbeza. Come on industri muzik!,” kata Naqiu.
Video : Youtube MindOrder Management
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Selepas pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal dikritik sesetengah netizen gara-gara menghantar anak lelakinya ke hari pertama persekolahan yang didakwa berambut panjang dan kelihatan selekeh, pengarah Michael Ang tampil memberikan reaksi.
Respon berkenaan dibuatnya menerusi salah satu entri terkini di Instagram.
“Salam semua! Tak fhm aku dgn mulut2 org sekarang. Apoooooo! Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak ber erti suci dari Segala dosa, berpakaian ala kadar tak ber erti tak menghormat org, yg bersolat 5 kali sehari tak ber erti tak ada dosa!
“So Kau org pikir pikir kan dulu sebelum komen yg bukan2 berdasarkan 1 gambar! Aiyoh!!!! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Luv u all!,” tulisnya.
A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Lalu, perkongsian Micheal mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial lainnya.
Terdahulu menerusi ciapan Twitter, Aeril ada memberikan reaksi terhadap segelintir komen yang mengkritik penampilan anak lelakinya itu.
“Iyalah yang akhlak baik dan masuk syurga semua tu kan rambut pendek je,” tulis Aeril pada satu posting lain.
Iyalah yg ahlak baik & masuk syurga semua tu kan rambut pendek je pic.twitter.com/01HzDhcnCu
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) January 3, 2020
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.
Foto: Instagram Michael Ang, Twitter Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Berkongsi kembali detik penghijrahan, jelas pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan, dia mula mempersoalkan dugaan yang diterima selepas bahtera perkahwinan mula goyah.
Kes perebutan anak menjadi kemuncak kepada permasalahan dalam hidupnya.
Jelas Serina, perceraian yang berlaku menyebabkannya mula muhasabah diri dan merenung kembali di mana kesilapan.
“Tiada orang yang berkahwin, nak berpisah. Ketika diuji, saya bertahan lama juga sebenarnya. Dalam keadaan perkahwinan yang tidak bahagia. Dan saya tidak pernah ceritakan keburukan aib bekas suami kepada keluarga.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat waktu itu. Akhir sekali kami ambil keputusan untuk berpisah untuk kebaikan bersama. Selepas ia berlaku, kita dapat rasai perbezaan, dulu ada suami, seseorang untuk bersama dan tiba-tiba kita berseorangan.
“Disebabkan perceraian itulah, salah satu asbab untuk saya muhasabah diri. Alhamdulillah, untuk cari balik kenapa Allah duga saya,” jelasnya menerusi laman Instagram Zayan.
Malah jelas anak kepada Chef Wan ini, dia sedar bukan mudah untuk membimbing seorang mualaf lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang tidak sempurna dalam tuntutan Islam.
“Sebab kadang-kadang kita tidak sedar bila Allah turunkan rezeki yang melimpah ruah, saya cari balik, kenapa Allah ambil kembali apa yang saya sayang. Dan bila saya muhasabah diri, saya tahu ini yang terbaik Allah suratkan.
“Maknanya ada kebaikan atau rahmat yang Dia telah aturkan untuk kita pada masa akan datang.
“Saya sedar untuk menjaga Muslim, seorang mualaf bukan mudah. Kita sendiri pun kena menjadi seorang muslim yang sempurna. Dan ketika itu saya pun belum mendapat hidayah,” katanya lagi.
Ulas pelakon berusia 37 tahun ini lagi, selama ini dia lalai dalam mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan dan dugaan ini merupakan satu titik tolak dalam perubahan besar hidupnya.
“Dan ketika Allah ambil bekas suami, memang saya terduduk dan sedih. Rasa macam saya sudah banyak lupakan Allah. Dan yang paling saya sedih, apabila Allah beri bermacam-macam rezeki, kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih. Kalau sekadar mengucap Alhamdulillah, memang tidak cukup, Allah beri lebih daripada itu. Dan saya sedar selama ini saya lalai, saya lupa apa yang patut dibuat, sudah lama saya jauh daripadaNya. Akhirnya bila Allah tunjuk, saya nampak, Dia mahu saya kembali.
“Dan apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila melibatkan kes penjagaan anak. Seorang ibu tiba-tiba berpisah dengan anak-anak. Hak penjagaan masih lagi berlawan di mahkamah, berebut anak. Saya sedih, anak ini anak kita bersama tapi bila berpisah kita kena berebut. Itu harta kita bersama, jadi kita jagalah bersama.
“Apabila Allah beri musibah atau tarik sesuatu nikmat, dia mahu kita muhasabah diri. Jadi janganlah bila diduga, kita memberontak, ia akan menghancurkan diri. Apabila diduga, orang selalu menyalahkan takdir. Namun saya anggap, Allah mahu pimpin saya. Allah mahu beri hidayah, bukan semua terpilih,” kata ibu kepada dua anak ini.
Dalam pada itu, katanya lagi, hidayah datang dalam pelbagai bentuk dan baginya sendiri, Facebook merupakan pencetus utama. Keasyikan melayari laman sosial menemukannya dengan ceramah agama yang terus menjentik lubuk hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Allah akan beri hidayah melalui perkara yang kita suka. Saya suka melayari media sosial kadang kala sehingga pukul 4.00 pagi. Selalunya apabila ada ceramah agama, saya akan terus skip. Namun pada satu hari, posting di Facebook saya semuanya berkisar mengenai ceramah agama. Allah jentik hati untuk tengok sekali. Selepas tengok sekali, rasa jatuh hati dan ketagih. Jadi hari-hari say amula tengok ceramah. Dan saya terjumpa seorang guru di Facebook dan dia mengajar saya ilmu agama.
“Saya tanya dia, saya mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. Bagaimana mahu menutup aurat yang sebetulnya,” katanya panjang lebar.
https://www.instagram.com/tv/B628-sapS00/?igshid=2t8dp2ch0i02
Serina sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Ogos 2017.
Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 8 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 7 tahun.
Foto : Instagram Zayan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

