Sehari lalu, suami kepada penyanyi Yuna, Adam Sinclair ada memuat naik gambar permaisuri hatinya itu bersama ibu dan ibu mertuanya menerusi Instagram bagi meraikan Syawal.

Lalu, dua keping foto yang muat naik itu serta-merta jadi bualan netizen apabila ada yang mendakwa, figura penyanyi Gadis Semasa itu tampak berbeza, nampak seperti adanya ilusi ‘baby bump’ menerusi persalinan yang dikenakan.

Kecoh Foto Dimuat Naik Suami Menerusi Instagram Ternampak ‘Baby Bump’ Yuna!

Seiring dengan dakwaan ramai, pasangan ini kemudiannya disusuli dengan ucapan tahniah dan tidak kurang yang tidak percaya, terkejut dengan penampilan terbaru penyanyi bertaraf antarabangsa berkenaan.

IKLAN

Kecoh Foto Dimuat Naik Suami Menerusi Instagram Ternampak ‘Baby Bump’ Yuna!

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, si empunya badan turut memberi reaksi berhubung ucapan tahniah yang diberikan. Komen Yuna;

IKLAN

“You guys I’m not pregnant! Hahaha I’m wearing a jubah,” tulis Yuna. Malah, suaminya juga turut memberitahu hal sama sambil mengucapkan terima kasih atas ucapan. 

Kecoh Foto Dimuat Naik Suami Menerusi Instagram Ternampak ‘Baby Bump’ Yuna!

Kecoh Foto Dimuat Naik Suami Menerusi Instagram Ternampak ‘Baby Bump’ Yuna!

IKLAN

Terdahulu, Yuna dan pasangannya itu mendirikan rumah tangga pada 26 Januari lalu di Bentong, Pahang dalam suasana bertemakan flora di Puncak Rimba. Apa pun, doa-doakan agar pasangan ini cepat-cepat raih rezeki timang anak.

Foto: Instagram Adam Sinclair

https://www.youtube.com/watch?v=Z-qaYOok2Uc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI