Kecoh Fasal Safiey Illias Buat Lesung Pipit Tiruan Pula!

Share

Beberapa hari lalu, satu rakaman video pendek dari usahawan, Safiey Illias mengundang perhatian netizen.

Video yang kini ditonton lebih 430,000 kali itu merakamkan penyanyi Syinta Gila itu sedang mendapatkan rawatan kecantikan.

Difahamkan, ia adalah khusus untuk membentuk lesung pipit dan dia lihat membuka mulutnya untuk dimasukkan benang dalam keadaan berbaring.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para pengguna media sosial memberikan reaksi pelbagai.

Foto: Instagram Safiey Illias

IKLAN