Uncategorized

Kecoh Dikata Kembali Jadi Tunangan Orang, Elfira Loy Beri Bayangan ‘Love’ Pada Siapa?

Share

Baru-baru ini, kecoh menerusi di media sosial apabila tularnya foto pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang dirakam bersama seorang lelaki, dipercayai teman baru selebriti cantik berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Elfira mengenai isu tersebut.

Tiba-tiba, viral pula mengenai desas-desus pasangan ini sudah pun melangsungkan ikatan pertunangan pagi  Ahad, sekitara jam 10.00 pagi. Difahamkan, majlis yang dilangsungkan di Alam Damai hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Malah pelakon tersebut juga tidak memuat naik apa-apa foto berkaitan majlis yang hangat diperkatakan. cumanya, El (panggilan mesra buat Elfira) hanya memuat naik gambar berbentuk ‘hati’ menerusi Insta Stories awal hari ini.

Ramai yang menganggap, bayangan tersebut dikatakan ada hubung kait dengan majlis tunang yang telah pun berlangsung. Apa pun, kalau betul ada majlis penting melibatkan El pada Ahad, tahniah dari MH.

 

 

IKLAN