“Kecik Saja Orangnya Tapi Suara…,”- Nora Ariffin Puji Bakat Nyanyian Ernie Zakri Yang Sempurna

Share

Meski bertubuh kecil molek, penyanyi Ernie Zakri diakui sebagai antara penyanyi yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Penyanyi senior, Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Nora Afiza misalnya ada berkongsi sekeping foto bersama Ernie.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu telah memuji bakat nyanyian Ernie.

“Kecik saja orangnya…Tapiii suara mak aiiiik…..Perghhhh! Bila nyanyi…perfect.. Salute…All the best to you my dear @erniezakri,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut memuji wajah pasangan penyanyi ini yang kelihatan jelita dan cantik.

Foto : Instagram Nora Ariffin

IKLAN