“Kecik-Kecik Dah Kena Potong Kaki, Manis Sangat,” – Video Parodi Peluang Kedua Dari Che Naura Auni Buat Ramai Tersentuh Sebab…

Share

Selepas tular apabila wajahnya dikatakan persis pelakon dan pengacara popular, Neelofa, tidak lama dahulu, nama adik Che Naura Auni kini kembali menjadi tumpuan ramai.

Ia susulan selepas kanak-kanak comel itu tampil menerusi sebuah muzik video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan juga MK (K-Clique).

“Yayyy! Akhirnya! Music Video Second Chance 2 akan keluar pukul 5 pm (semalam), di channel Youtube Mask Team! Jom tunggu dengan Naura!

“Parody Peluang Kedua By Naura Boniey feat Adam Ghadafi. ‘What will you do, when you lost yout bestfriend’.

“Nak tengok Naura dengan Adam jadi Nabila dengan MK tak? Jangan lupa pergi dekat channel Youtube 𝐌𝐚𝐬𝐤 𝐓𝐞𝐚𝐦, tekan je link dekat bio Naura.

“Taaaappiii! Kena standby 𝙥𝙪𝙠𝙪𝙡 5𝙥𝙢 okay! Jom sama sama tunggu dengan Naura dan Adam!

“Jangan lupa 𝙇𝙞𝙠𝙚, 𝘾𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩, 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 & 𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚 channel Youtube 𝐌𝐚𝐬𝐤 𝐓𝐞𝐚𝐦 tau. Sebab akan ada banyak lagi video yang best akan datang!,” tulis pengandali akaun tersebut.

Berita tersebut dikongsikan oleh Che Naura menerusi akaun Instagram miliknya.

Kurang 24 ia dimuat naik, muzik video parodi berkenaan telah pun meraih hampir 120,000 jumlah tontonan di laman Youtube.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut tersentuh melihat permainan emosi yang ditunjukkan oleh Che Naura dan juga adik Adam Ghadafi.

Terdahulu, muzik video berkenaan turut mendapat reaksi daripada penyanyi asal lagu tersebut iaitu Nabila Razali.

“SEDIHNYEEEE MV NIIII,” tulisnya.

IKLAN