“Kecik Hati, Sedih Dengan Yang…” – Sedih Sikap Suka Kecam Buta Tuli, Nourul Depp Sekat Akses Netizen

Share

Kecewa dengan sikap netizen yang suka menghukum dan menilai, Nourul Depp meluahkan rasa apabila apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial pasti akan mendapat kecaman.

Ulasnya, bukan tugas manusia untuk menilai dan tidak perlu mengawal apa yang orang lain lakukan.

Assalamualaikum dan selamat pagi – hanya buat yang positif dan si baik hati.

“Takdak caption panjang2. Kami kecik hati. Sedih dengan yang judgemental. Sedih dengan yang suka hukum orang.

“Qeja tuhan oi nak menghukum orang. Jangan buat qeja tuhan sebab kita manusia saja. Tak maksum pun.

“Jangan kawal hidup orang, andai hidup kita pun tak terkawal. .

“Jangan judge orang, kalau kita tak mau orang lain judge kita .

“Mata hanya mahu melihat apa yang mahu dilihat, telinga hanya mendengar apa yang mahu didengar.

“So dengar dan lihat yang baik2 saja. Kalau takdak yang baik, tu yang suka dok judge orang,” tulisnya.

Malah, dia telah bertindak menyekat akaun sosial netizen yang gemar mengkritik demi memastikan hanya individu yang positif dalam lingkungan hidupnya.

Sakit pulak hati kami. Dah block dah depa yang dua tiga orang yang lagu tu. Kami tak mau dalam hidup kami ada orang yang judgemental ni.

“Tak kira dekat ka jauh. Family kami yang judgemental pun kami hi hi bye hye ja. Sampai dia sedaq sendiri.

“Kami rasa you all pun lagu tu. Toksah kawan dengan orang yang judgemental. Sat gi kita pun jadi lagu depa.

Kami tak mau jadi lagu tu sebab kami malu nak buat qeja tuhan sebab kami manusia biasa. Serba kekurangan.

“So kami tak suka orang yang judgemental ni. Sebab kami suka allah yang judge kami. Bukan manusia. Biaq Allah saja yang tahu siapa kami.

Marah ni. Mau sat lagi berletiaq seguni,” tambahnya lagi.

Malah, penyanyi popular ini telah berkongsi tip untuk menghilangkan kemarahan.

“Tips bila geram dna marah kat orang :

“Fokus pada tenaga baik
Fokus pada apa yang hari ni kita rasa kita dapat rezeki dari Allah
Fokus pada apa yang Allah bagi
Fokus pada siapa yang kita dah kenal dan tengah kenal yang baik hati dan positif. Kira berapa ramai. .

“Hargai mereka yang lebih ramai yang baik hati. Bukan seorang dua yang macam hantu raya dok bisik kat telinga dok kata jahat kat kita. . “Hantu raya” ni pun tak banyak . Sorang dua ja. Tapi negatif energy depa tu yang bagi kita down . Agak agak depa mai bisik jahat2, pi azan atau baca al fatihah kat telinga depa ? mati lah depa. .

“Kami bersyukur sangat2, dalam kami geram tu, kani dok sat pikiaq, Allah bagi cahaya dalam kepala ni pikiaq dan fokus pada mereka yang banyak supoort dan baik hati macam follower di sini. Family, saudara mara dan rakan diva dalam #divakurusbynouruldeppkami bertuah!”

Menasihati tidak salah, namun janganlah sehingga mengaibkan dan menyakitkan hati seseorang.

Foto – Instagram Nourul Depp

IKLAN