Tidak dinafikan sekarang ini banyak plot drama yang punyai jalan cerita yang sama.

Kalau bukan kahwin paksa, mesti cerita orang kaya dengan orang miskin lah, suami aku itu lah atau abang, I love you.

Kalau ada cerita yang best pun, jarang-jarang. Turut menyokong dan berpendapat sama adalah pengarah dan pelakon, Erma Fatima.

IKLAN

‘Kecewa Lihat Industri Drama Kita’- Luah Erma Fatima

Katanya, dia sudah lama kecewa melihatkan skrip drama ataupun filem yang sudah ketandusan idea untuk disajikan buat rakyat Malaysia.

“Saya dah lama kecewa sebenarnya, drama…filem, banyak ‘lacking idea’. Banyak skrip, jalan cerita semua sama sahaja.

“Sebuah nashkah itu bermulanya daripada skrip. Kalau skrip tak bagus, letaklah pengarah dan pelakon terbaik mana pun tetap tak akan kemana.

“Itulah pentingnya sebuah skrip. Saya benci dan menyampah bila tengok novel dijadikan drama atau filem. Dah tiada penulis skrip yang ada otak ke kat dalam Malaysia ni sampai kena cedok karya orang untuk dijadikan drama?

“Apa yang saya lihat, di Malaysia ini banyak ‘Follower’ seorang buat, terus semua nak ikut sekali. Tiada ‘trendsetter’,” luahnya.

Bagi MH, ada betulnya apa yang dikatakan Erma, kalau asyik tonton drama adaptasi novel sahaja, bosan juga kan? Bagaimanapun, MH tak nafikan juga ada nashkah-nashkah novel yang diangkat ke drama ada bagusnya juga.

IKLAN

‘Kecewa Lihat Industri Drama Kita’- Luah Erma Fatima

Dalam kesempatan itu, MH sempat juga bertanyakan pendapat Erma mengenai selera rakyat Malaysia yang sukakan drama-drama adaptasi /cinta seperti yang sedia ada kini.

IKLAN

“Situasi sekarang ini diibaratkan tiap-tiap hari kita bagi anak makan nasi tiba-tiba nak jolok bagi makan steak, memanglah tekak susah nak terima. Jadi, kita kena lah perlahan-lahan suapkan.

“Dalam pada ada cerita yang sedia ada, kita selitkan juga drama yang boleh buka minda penonton. Lagipun, kita tak boleh ikut selera penonton sangat, kalau terlalu mengikut habis rosak industri,” katanya lagi.

Sementara itu, Erma Fatima juga turut terlibat dalam Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) sebagai ‘speaker’ penulisan skrip.

Katanya, dia ingin asah mereka yang berbakat dalam penulisan skrip supaya dapat menghasilkan skrip yang bagus dalam industri drama/filem pada masa akan datang.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI