Penyanyi terkenal, Shila Amzah enggan mengulas lanjut mengenai kemelut berpanjangan melibatkan keluarganya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Menurut Shila, dia berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman.
“Buat masa ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan hal ini reda dahulu. Setiap perkara memerlukan masa.
“Kita juga tak mahu memaksa perkara yang belum sepatutnya berlaku. Ia harus berlaku secara semula jadi.
“Saya dah Syahir hanya boleh berdoa daripada jauh agar perkara ini dapat diredakan secepat mungkin. Saya pun tak mahu bercakap lebih. Ia hal berkaitan keluarga.
“Saya pun bukan jenis yang nak bercakap sentiasa. Harap orang luar juga dapat doakan kami,” katanya kepada MH.
Ads
Anak kepada penyanyi, ND Lala itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Family Duo 3 malam tadi.
Ditanya adakah dia akan segera menjernihkan hubungannya bersama ibu, Datin Fauziah Sarman, Shila memaklumkan dirinya kini sedang menantikan waktu yang sesuai.
“Sudah tentu. Dia merupakan ibu saya. Namun bila ketikanya, biarlah masa dan jodoh yang menentukan,” ulasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga memaklumkan dirinya tidak mahu memberikan ruang buat komen-komen negatif mencemari fikirannya walaupun ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tanggang moden’.
“Saya tak baca kerana komennya terlalu banyak. Di waktu ini, saya lebih mengutamakan orang-orang di sekeliling saya. Orang di luar pun tak tahu mengenai hal sebenar.
Ads
“Apa yang diceritakan pihak di sana, kebenarannya belum keluar lagi daripada pihak saya tapi itu tak bermakna saya nak ceritakan kepada umum. Itu hal yang tidak perlu.
“Perkara ini mematangkan saya sebagai seorang manusia, anak, kakak, isteri dan ibu. Saya hanya baca komen-komen yang positif,” katanya lagi.
Pada masa sama, Shila turut mendedahkan dirinya tetap mahu menghargai orang-orang di sekeliling meskipun tanpa kelibat ibunya yang sentiasa menemaninya disetiap pertandingan sebelum ini.
“Alhamdulillah. Saya ada suami, adik beradik suami dan peminat yang datang menyokong. Bagi saya, sesiapa yang ada untuk kita, itu yang kita akan hargai, sayang dan berikan fokus.
“Yang memilih untuk tiada, itu diluar kuasa kita. Siapa kita nak paksakan perkara itu. Saya hanya reda dan mengharapkan ada perkara baik akan berlalu selepas ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Produser filem, Fabian W. Joseph memaklumkan naskhah dokumentari, Man On The Run diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.
Menurut Fabian, pihak produksi berdepan kegusaran pada awalnya kerana memikirkan kemungkinan filem dokumentari arahan Cassius Michael Kim mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di panggung wayang tempatan.
“Selepas melalui proses LPF, filem itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Kami melalui prosedur biasa. Apabila filem ini tidak mendapat sebarang bantahan, kami sejujurnya agak terkejut.
“Pada awalnya, kami merasakan naskhah yang mengangkat tema agak kontroversi ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam. Namun akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di panggung wayang,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang media sejurus tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Cassius selaku pengarah pula menjelaskan, cabaran terbesar adalah untuk menyunting sedutan temu bual dalam durasi filem.
“Cabaran utama kami untuk menghasilkan filem ini adalah cara untuk menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem. Selepas kami kumpulkan sedutan semua wawancara penting, durasi file mini mencecah 4 jam.
“Jadi, kami perlu susun dan teliti semua dengan cermat supaya semua perihal penting dimuatkan ke dalam filem. Bermula dengan 4 jam, akhirnya kami berjaya memadatkan segala isi penting filem dokumentari ini dalam masa 1 jam dan 38 minit,” katanya.
Man On The Run adalah sebuah karya yang memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.
Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.
Filem Man On The Run ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula 19 Oktober lalu dan kini masih rancak ditayangkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh, Elcah Hasha meminta ramai berhenti melemparkan tuduhan tidak benar terhadap sahabat baiknya yang juga adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah.
Menurut Elcah, Syada disifatkan sebagai seorang yang kuat berusaha namun masih belum berpeluang untuk mengikut jejak langkah kakaknya.
“Kepada yang suruh aku pesan ke Syada pergi keria. Macam mana kalian tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos kerja, cari job sana sini.
“Usaha sana sini but Allah dah tetapkan disitu sahaja rezekinya tak sehebat kakaknya.
“Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan tuhan ke?,” tulisnya di Instagram Stories
Kenyataan itu dibuat Elcah bagi mempertahankan Syada selepas ramai yang mendakwa dia hanya mengharapkan Shila untuk menanggung seluruh keluarga seorang diri selama ini.
Jelas pempengaruh yang memiliki lebih 500,000 pengikut di Instagram itu lagi, segala yang berlaku ini hanyalah salah faham dan lumrah di dalam keluarga.
“Pada saya, keluarga ini sangat baik. Cuma ada salah faham adik beradik. Sebab aku rapat with this family more than 10 years.
“Social media ni apa yang korang nampak je. Perkara yang berlaku di belakang, korang tak tahu. Kakak dan adik ni baik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Elcah turut memohon jasa baik semua pihak untuk berhenti meninggalkan komen-komen negatif kepada ibu Syada, Datin Fauziah Sarman.
“Aku cuma harap korang tolong berhenti hantar mesej kebencian kepada mak (mamazie). Dia dah cukup tersiksa dan makan hati dengan kes sebelum ni.
“Tolonglah jadi baik. Bagilah sokongan sikit dekat mak. Apa akan jadi kalau itu mak korang. Fikir tu je,” akhirinya.
Baru-baru ini, Syada meluahkan rasa kecewa selepas Shila dikatakan mahu menjual rumah keluarga.
Disebabkan kenyataan tersebut, rata-rata netizen mengkritik dan menyaran Syada agat bekerja lebih keras untuk memiliki rumahnya sendiri tanpa mengharapkan kakaknya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elcah Hasha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara terkenal, Jihan Muse akui gurauannya mempersenda nama bapa kepada penyanyi, Azmi Saat agak keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Menurut Jihan, dia tidak mempunyai niat mempersenda mahupun menghina Azmi yang juga dengan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan namun, tetap menyifatkan tindakkannya itu tidak sensitif.
“Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin yang lalu.
“Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan. Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.
“Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia
tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Azmi menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.
Pada masa sama, Jihan turut menyifatkan insiden ini sebagai pengajaran buat dirinya dan berharap agar tindakkannya itu tidak menjadi ikutan.
“Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.
“Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.
“Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Jihan telah dikecam hebat netizen susulan mempersenda nama bapa Azmi secara langsung ketika mengacarakan program All Star Gegar Vaganza pada Ahad lepas.
Ketika ditemui media pada Selasa, Azmi mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan gurauan tersebut namun tetap menasihati Jihan agar lebih berhati-hati ketika bergurau dikhalayak ramai.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...