Keadaan Terkini Saleem Iklim

Terbaru, penyanyi kumpulan Iklim,Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem yang dulu menerima rawatan di hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras akibat demam panas kini sudah dibawa pulang ke rumah.

 

Perkhabaran itu dikongsi oleh sebuah media menerusi akaun Facebooknya berserta dengan gambar Saleem yang berada di rumahnya bersama dua orang ustaz bersamanya.

IKLAN

Saleem dikhabarkan semakin stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif, namun dilihat tampak susut dan kurus.

Gambar tersebut dihujani ribuan komen dari peminat penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu itu dengan mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaan Saleem itu berpunca daripada apa dan pihak doktor telah pun melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar.


Kami di MH pasti mendoakan yang terbaik buat Saleem dan keluarganya.

 

IKLAN

Sumber : Viral Media Johor

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]