“Kaya Bukan Tanda Mulia,”- Agih Bantuan Kepada Gelandangan, Ramai Puji Tindakan Usop

Share

Penyanyi, Usop ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Usop dilihat telah turun padang memberi bantuan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu kota.

“Kaya bukan tanda mulia, miskin bukan tanda hina” bersyukur dengan rezeki allah,” tulisnya ringkas.

Lalu, perkongsian penyanyi lagu Selamanya itu menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap murni Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor di ruangan komen entri berkenaan.

Usop dilahirkan pada 24 Oktober 1997 dan merupakan penyanyi kelahiran Kulim, Kedah Darul Aman.

Foto: Instgram Usop

IKLAN