Ammar atau nama sebenarnya Azizaul Ammar Abu Hassan menyimpan harapan agar kembali dimurahkan rezeki untuk kembali mengendalikan program televisyen, mengacara dan aktif berlakon bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-32 baru-baru ini, dengan keizinanNya.

Terdahulu, personaliti yang sinonim dengan panggilan Ammar Titan ini mencetuskan kontroversi tidak lama dulu  menerusi insiden mempersendakan nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dalam sebuah rancangan Sukan Tak Sentral.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi, Ammar berkongsi rasanya itu selain memberikan dedikasi terhadap keluarga, termasuk kedua orang tuanya.

IKLAN

“Kawan Tanya Apa Hadiah Kau Nak, Aku Jawab Dalam Hati…”- Ammar Simpan Harapan Boleh Mengacara, Berlakon Semula

IKLAN

“Sebelum pukul 12 tengah malam bagi chance lah rasa detik detik akhir 31 tahun ni. Ada kawan kawan tanya apa hadiah kau nak, aku jawab dalam hati je. Alhamdulillah aku dah ada hadiah dunia akhirat aku, nina and aisyah.

 

“Hadiah paling penting sekali adalah doa paling power dalam dunia, doa parents aku. And aku harap one day, mana tau dimurahkan rezeki boleh buat program TV semula, boleh mengacara semula, boleh berlakon semula, dengan keizinan Allah, InsyaAllah. Amin.

 

“Terima kasih kepada semua yang wish hari lahir saya, semoga korang semua baik baik belaka dan semuanya baik untuk korang and family semua! Kita jumpa tahun depan,” tulisnya sambil disertai dengan tanda pesanan, “tengah lap air mata”.

Sebelum ini, bekas juara program realiti Bintang Mencari Bintang tersebut didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan pelari pecut negara, Watson Nyambek.

IKLAN

Foto: Instagram Ammar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI