Kavita Sidhu Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Bapa

Share

Pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu telah membuat penghormatan terakhir kepada mendiang bapanya, Prof Dr. Joginder Singh yang telah meninggal dunia pada 3 Mac lalu.

Kavita ada berkongsi beberapa keping foto sebelum upacara pembakaran mediang bapanya itu dijalankan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

“Prayers for dad. A special thank you from my mum and our family to Pantai Medical Hospital and your team of doctors and nurses for the care that you had given dad in his final days. He was so proud of being at Pantai Hospital and being a pioneer doctor there.

“We are so grateful that his final days and breath was at Pantai, surrounded by your team of nurses and doctors when we could not be.

“There is truly no words that we could write down to convey our gratitude so please accept a simple thank you from our hearts. And thank you to all our friends for your outpouring of love + affection. We sincerely appreciate it,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Serentak dengan itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat telah menitipkan ucapan buat mendiang bapa kepada pelakon berusia 50 tahun itu.

Mendiang meninggalkan seorang balu Datin Dr. Prabhavathi, tiga orang anak dan tiga orang cucu.

Foto: Instagram Kavita Sidhu

IKLAN