Setelah hampir lapan minggu berentap untuk menghiburkan hati para juri dan penonton, akhirnya kumpulan Sarkas telah pun dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak Danial Zaini, Shashic dan personaliti media sosial, Acap S itu berjaya mengetepikan cabaran daripada empat kumpulan lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Menurut Danial, dia berharap agar kemenangan ini dapat membuka peluang buat pelawak-pelawak tempatan untuk terus melangkah lebih tinggi.
“Terima Kasih ya Allah, ahli keluarga dan semua peminat yang menyokong.
“Saya harap inilah peluang buat kami dan rakan-rakan pelawak lain untuk buktikan bahawa dunia lawak Malaysia tidak mati,” katanya.
Ads
Sementara itu, kumpulan Padie telah muncul selaku naib juara seterusnya meraih hadiah
wang tunai RM75,000 dan trofi.
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 serta trofi pula telah berjaya dimenangi oleh kumpulan Puteh.
Manakala, kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric Floor 88, Has dan Dewa terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000 dan trofi.
Ads
Melengkapkan senarai pemenang adalah kumpulan Zuara yang menduduki tangga ke-5.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Salah seorang anggota kumpulan Zuara yang juga merupakan pelakon, Zulin Aziz turut dinobatkan selalu Superstar Paling Gempak MLS4.
Ads
Pentas akhir MLS4 telah berlansung dengan gilang gemilang di Auditorium CIDB, Cheras.
Pada malam ini, kesemua kumpulan membuat persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan ‘Lokasi Idaman’ dan ‘Lokasi Fiesta’.
Semua finalis MLS4 diadili 75 peratus juri tetap iaitu Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander, manakala 25% lagi adalah daripada undian penonton.
Pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada artis jemputan, Putera Muhammad dan Amalina Arham.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak bahagian pertama ditayangkan pada 1 November yang lalu, drama bersiri Astro Originals, Projek: Exit mendapat perhatian ramai ramai terutamanya golongan muda dek mesej yang dibawakan.
Dibintangi oleh pelakon generasi baharu seperti Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberley Chuah, drama bersiri ini mengangkat isu kesihatan mental yang membelenggu generasi masa kini.
Sementelahan dengan perhatian hangat yang diterima, Projek: Exit telah tampil dengan konsep kempen promosi yang memupuk keterlibatan positif di media sosial menerusi penggunaan kecerdasan buatan (A.I).
Dengan bantuan teknologi A.I, respons yang dihasilkan dan dirakam dengan suara Mierul Aiman & Shasha Abedul akan membolehkan mereka berinteraksi terus dengan pengguna platform X.
Melalui sistem pemantauan sosial, inisiatif ini dapat mengenal pasti hantaran yang menunjukkan perasaan seperti kesedihan atau kekecewaan. Teknologi A.I yang eksklusif ini dilengkapkan dengan rakaman suara dan video para pelakon, jadi respons yang diberikan seakan-akan disampaikan oleh mereka sendiri.
Inisiatif yang telah bermula pada 11 November lalu telah mendapat sambutan hangat dari netizen dan ada juga yang teruja dan meminta agar inisitiaf seperti ini diteruskan bagi mengalakkan semangat dan sifat positif terhadap pengguna aktif platform X.
Sebagai contoh hantaran di X milik Dr Nimelesh @houseofhilton yang berbunyi, “Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day. They say “when you have depression, it takes a lot of strength to even get out of bed.”
Nak tahu apa reaksi terhadap hantaran yang diberikan? Memang beri inspirasi. Menerusi teknologi A.I, balasan Mierul Aiman berbunyi, “Kita brother @houseofhilton, terus memberi semangat dan inspirasi kepada semua. Pasti ada jalan keluar.”
#ProjekExit ini berkaitan dengan isu isu kesihatan mental.
Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day.
Jadi, jika anda berasa mahu meluahkan perasaan, memberi pandangan mahupun sama-sama bergandingan mencipta dimensi positif, disertakan tanda pagar #ProjekExit pada hantaran anda di X.
Selain Dr Nimelesh, ini antara beberapa hantaran daripada pemilik platform X popular lain yang sama-sama memberikan mesej positif mereka.
Tbh I’m not the kind of guy yang selalu ada masa untuk layan series pepanjang, but I’m so glad I gave #ProjectExit a try. Even as a 30-something year old yang tengok kisah bebudak sekolah, it hit home for me. The feeling that you can’t get out of bed every day sebab kau penat… pic.twitter.com/IqGzcnlyZF
All i can say is that, over time with the right people offering support and love, therapy and learning to regulate my emotions, things do get better 🙂 #ProjectEXIT
Kalau nak tahu, teknologi A.I bagi kempen ini mampu menjana sehingga 50 respons setiap hari. Jom bersama dalam inisiatif yang bermakna ini dan sebarkan inspirasi kepada komuniti kita.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” memetik perkongsian Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod satu hingga empat, boleh ditonton mulai 1 November 2024 secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Sementara itu, bahagian 2 yang merangkumi episod lima dan enam, episode akhir akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Peminat Project EXIT juga boleh berpeluang bertemu dengan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah di One Astro Fan Fest pada 23 November, bermula 12 tengahari di Sunway Pyramid.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas melancarkan single terbaharu yang berjudul ‘Unos Dos Stres’, pempengaruh, Agy selesa jika namanya lebih dikenali sebagai seorang penghibur.
Menurut Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, sebagai seorang yang sukakan seni persembahan, dia berusaha sebaik mungkin untuk mencapai hasratnya itu.
“Kalau tanya sama ada nak jadi penyanyi atau penghibur, saya pilih penghibur. Saya sangat suka berada di atas pentas, berada di khalayak ramai dan menghiburkan orang.
“Saya rasa gelaran penghibur itu lebih dekat dengan saya. Itu sasaran saya. Mungkin sekarang orang kata saya perasan tapi saya akan buktikan tidak lama lagi,” katanya kepada MH.
Agy berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana muzik video Unos Dos Tres, di Sri Petaling, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Agy turut mendedahkan dia lebih gemar mencipta kelainan berbanding mengikut jejak langkah artis-artis sedia ada.
“Jawapan ini mungkin nampak berlagak tapi sejujurnya saya tidak pernah memandang kepada siapa. Mungkin saya melihat cara kerja mereka tapi saya cuba untuk bawa diri saya sendiri.
“Sebab itu bila saya muncul ketika ini, ramai yang hencap sebab saya berbeza. Saya tak sama dengan orang-orang yang sedia ada. Perkara itu yang buat orang rasa pelik.
“Saya lebih melihat kepada diri sendiri. Apa keistimewaan saya dan apa yang boleh dijual. Namun, kalau ada penyanyi yang menyanyi sedap atau persembahan pentasnya cantik, pasti saya juga nak jadi seperti mereka tapi dengan cara sendiri,” ujarnya lagi.
Ditanya jumlah kos keseluruhan bagi singlenya, Agy memaklumkan ia bukan sedikit nilainya.
“Kita belum buat kira-kiranya yang spesifik tapi saya boleh cakap ia hampir RM100,000. Ia merangkumi segala hal termasuk fesyen.
“Namun, saya ada mendapat tajaan dan ada sebahagian menggunakan duit saya sendiri,” kongsinya.
Ditanya mengapa dia memilih ‘Unos Dos Tres’ sebagai tajuk lagu, dia sebenarnya berhasrat untuk membawa karya ini ke peringkat antarabangsa.
“Saya memang nak punyai lagu yang ada unsur-unsur Latin. Sebelum ini, ada yang kata saya ini tidak seperti orang tempatan tapi macam orang Mexico.
“Jadi, saya bawalah vibe itu kerana saya nak pergi ke peringkat antarabangsa. ‘Unos Dos Tres’ itu bermaksud ‘Satu Dua Tiga’. Di Malaysia pun tiada tajuk seperti ini lagi.
“Bila orang ingat saya, mereka akan ingat lagu Unos Dos Tres,” akhirinya.
Terdahulu, ‘Unos Dos Tres’ merupakan sebuah karya ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito.
Single tersebut kini boleh didengari di seluruh platform penstriman sementara muzik video pula akan dilancarkan di platform Youtube pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nur Fazura menyifatkan dirinya tidak pernah menyesal meski mahligai rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu kini telah pun berakhir.
Bagi bekas isteri kepada aktor Fattah Amin itu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan segala yang berlaku ini membuatkan dirinya lebih kuat untuk meneruskan kehidupan.
“Saya pernah berkahwin selama tujuh tahun dan baru-baru ini, saya telah pun bercerai.
“Namun, saya tidak pernah menyesal sebaliknya saya bangga kerana mampu bertahan dan telah pun berikan segalanya di dalam perkahwinan.
“Sama juga dengan bekas pasangan,” kata bintang filem Gol & Gincu itu sebagai menjawab mengenai pertanyaan hos program Sea Today News, sama ada dia pernah atau tidak memperjuangkan cinta.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu di Indonesia bagi mempromosikan single terbaharunya, ‘Bertahan Demi Cinta’
Fazura menambah, single tersebut menceritakan tentang perjuangan pasangan suami isteri yang berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.
“Lagu ini diinspirasikan buat lelaki dan wanita yang saling mencintai. Terutamanya dalam perkahwinan, kita akan harungi pelbagai ujian.
“Jadi, perkara yang paling penting adalah untuk kekal bertahan dan memperjuangkan rasa cinta kita. Kerana itu tajuknya ‘Bertahan Demi Cinta’.
“Kita mahu setiap pasangan itu tetap mengharungi segala cabaran dan mengatasinya bersama seterusnya berusaha kekal dalam perkahwinan,” ujarnya lagi.
Fazura antara lain juga teruja melihat respon para peminat berkaitan lagu ini walaupun ada yang mengharapnya dia dan bekas suami kembali bersama semula.
“Kami menjalani proses rakaman pada bulan Febuari tapi muzik video ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas. Respon daripada peminat sangat menyentuh hati.
“Mereka juga sukakan lagu ini. Disebabkan penceraian saya, mereka mengharapkan agar kami bersatu semula.
“Dari sudut positif, para peminat sangat menunjukkan sokongan. Mereka berikan komen dan kata-kata semangat kepada saya dan bekas suami.
“Saya teruja mendengar komen-komen peminat. Mereka juga boleh kaitkan lagu ini dengan kehidupan mereka terutamanya buat pasangan suami isteri atau yang mungkin sudah bercerai,” kongsinya lagi.
Difahamkan kemunculan Fazura dalam program itu menjadi penampilan pertamanya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Untuk info lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records pada 10 Oktober lalu.
Lagu tersebut menjalani proses rakaman sekitar Februari lalu ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura & Youtube Sea Today News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Emma Maembong tidak mahu mengulas secara terperinci berhubung isu melibatkan kakaknya, Beby Maembong, yang dilaporkan berdepan tuntutan berjumlah RM80 juta daripada usahawan kosmetik, Safiey Illias.