“Kau Pun Tersingkir,” – DS Aliff Syukri Selar Baby Shima, Netizen Pula Makin Bosan Drama Tidak Sudah

Share

Belum pun reda isu melibatkan ratusan Ikan Kelah peliharaan yang mati dan mendapat reaksi Datuk Seri Vida, kini timbul pula hal terbaru apabila penyanyi Cowok Baru ini menyelar Baby Shima atas kenyataannya baru-baru ini.

Cowok Baru merupakan single terkini Datuk Seri Aliff Syukri yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak.

Dihasilkan bagi mengembangkan empayarnya di Indonesia, lagu berkenaan ada mendapat reaksi pelbagai peminat termasuk rakan artis, Baby Shima.


Ada aku kesah ko gembira ke tidak?? koo pun tersingkir.

“Abang ni sekurang kurangnya trending juga nombor 1, hidup #cowokbaru,”

tulisnya sambil menyertakan bersama keratan artikel berkaitan.

Posting berkenaan mendapat perhatian ramai malah ada netizen yang membayangkan Aliff sengaja menggunakan strategi ‘dislike’ untuk menjana keuntungan.

Sementara itu, ada juga yang turut menyokong kenyataan Baby Shima dan menasihati agar dia muhasabah diri.


Terkini, usahawan ini ada berkongsi singlenya itu kini trending nombor satu.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

IKLAN