Seperti diketahui, penyanyi Hazama adalah individu yang bertanggungjawab mencungkil bakat penyanyi baru, Usop menerusi sebuah program realiti tidak lama dulu.
Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila Hazama memutuskan untuk tidak lagi membimbing Usop dan meminta supaya penyanyi tersebut mencari jalannya sendiri selepas ini.
“Saya hanya bukakan pintu untuk dia dan selepas ini Usop harus mencari jalannya sendiri.
“Saya rasa selama 10 minggu, saya dah bagi habis dekat dia dan sekarang terpulang kepada dia bagaimana nak gunakan segala ilmu yang telah saya berikan.
“Mungkin jodoh saya dengan dia tak panjang tambahan pula pihak pengurusan dah berbeza,” katanya kepada MH.
Tambah Hazama, dia juga tidak mahu Usop dihantui bayang-bayangnya kerana perkara tersebut hanya akan merugikan penyanyi berkenaan pada masa depan.
“Saya tak nak guide dia banyak-banyak takut nanti dia terikut-ikut sepenuhnya cara saya.
“Bila dia tiru saya, saya yang akan untung dan orang akan semakin kenal saya dan yang akan rugi adalah dia sebab tiada identiti,”kongsinya.
Pada masa sama, Hazama turut yakin akan kemampuan Usop untuk membawa dirinya sendiri selepas ini meski pun tidak lagi membimbingnya.
“Saya yakin Usop boleh bawa diri punya kerana semua ini adalah proses pembelajaran baginya.
“Sebelum saya menjumpai Hazama yang sekarang, saya pun tiru orang lain juga tapi lama-kelamaan saya jumpa identiti diri saya yang sekarang.
“Saya percaya masa akan mematangkan Usop” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hazama bakal tampil menerusi album kedua, tidak lama lagi dan kini sudah memasuki fasa akhir.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI