“Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami…” – Uzur & Terlantar, Didie Alias Mohon Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Share

Pelakon Didie Alias telah menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang kini telantar sakit dan uzur di kediaman pelakon senior terbabit.

Menerusi perkongsian Didie di akaun Instagram miliknya, bintang berusia 48 tahun itu memohon agar peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon berkenaan.

“Ya Allah Ya Tuhanku Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami @abubakarjuah
Sesama kite sedekahkan Alfatihah buat Ayah ye…,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Didie itu mendapat perhatian daripada warganet.

Malah, rakan selebriti juga turut menzahirkan rasa serta mendoakan agar Abu Bakar diberikan kesihatan yang baik.

 

Sementara itu memetik Harian Metro, bintang veteran berusia 72 tahun itu dilaporkan menghidap penyakit kanser hati.

Menurut anak ketiganya, Safinas Abu Bakar, bapanya kini hanya terbaring selain tidak mampu memberi maklum balas dengan baik.

Beliau sebelum ini dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.

Video: Instagram Didie Alias

IKLAN