“Kau Orang Baik, Sakit Penghapus Dosa…,” – Sheila Mambo Titip Penghormatan Buat Rakan Artis, Allahyarham Wafa Abdul Kadir

Share

Pelakon senior, Sheila Hassan ada menitipkan sesuatu buat rakan pelakon yang baru saja pergi dijemput Illahi, Wafa Abdul Kadir.

Sheila atau lebih sinonim dengan nama komersialnya, Sheila Mambo menulis di Instagram dia meminta maaf kepada arwah kerana hanya dapat mengirimkan doa.

“AsSalamualaikum.. Maaf aku wafa, aku hanya dpt iringkan doa buat kau, dlm masa yg terdekat luruh jiwa aku dgn beberapa berita kehilangan org yg dekat dlm kehidupan aku.

“Kau org baik, bertahun kau tabah hadapi ujian dan aku yakin Allah sdh menghapuskan dosa2 lampau kau asbab kesakitan yg kau tanggung, kerana itu janji Nya. Sakit penghapus dosa. Allah kaseh kau.

Sheila turut berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

“Semoga jannah menanti tanpa dihisab. Semoga kau ditempatkan bersama para solehah. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun,” tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Wafa yang sinonim menerusi filem Azizah The Legend meninggal dunia setelah lebih lima tahun menderita penyakit kanser peritoneal, awal pagi Sabtu.

Allahyarham yang berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 1.10 pagi.

Foto: Instagram Sheila Mambo

IKLAN