“Kau Kena Faham Dalam Sains Ada…,” – Matahari dan Bulan Sama Besar? Ini Respon Adzrin Adzhar Buat Suhaimi Saad

Share

Memberi respon kepada kenyataan Suhaimi Saad bahawa matahari dan bulan adalah sama besar, penyanyi Adzrin Adzhar atau lebih senang menggelarkan dirinya Abang, terpanggil untuk memberi komen berkenaan isu ini.

Ulasnya, matahari dan bulan kelihatan sama saiz kerana jarak.

“Ok Abang Suhaimi Saad, kau faham tak, memang la size dia nampak macam sama, tapi kau kena faham dalam sains ada jarak. Jarak bulan dengan bumi cuma 380 ribu kilometer.

“Matahari 149 juta. Juta wei. Memanglah kau nampak macam sama besar. Tapi kau bayangkan matahari, kau nampak kecik tak? Bulan kau nampak besar sebab dekat, matahari kau nampak kecik sebab jauh.


Wei gila.”

Selepas bumi mendatar, Suhaimi Saad cuba mengeluarkan pendapat bahawa saiz matahari dan bulan itu hampir sama besar sahaja.

Ulasnya lagi, Allah memberi kita mata, akal dan hati, berfikirlah dengan jujur. Jangan mudah tertipu dengan golongan yang kufur kepada Allah.

Penyanyi nasyid ini juga menerusi posting terbaru memaklumkan keadaan terkini dirinya yang sedang jatuh sakit.

MH doakan semoga Allah mengangkat kesakitan dan dipermudahkan urusan.

Foto – Instagram Adzrin Adzhar dan Facebook Mosus

IKLAN