Uncategorized

“Kau Dah Puasa Kan? – Rahim Sepahtu Jalani Pembedahan Usus, Ini Kata Sahabat, Shuib

Share

Pelawak, Shuib Sepahtu memuat naik video bagi mengucapkan ‘selamat maju jaya’ buat rakannya, Rahim yang bakal menjalani pembedahan pagi ini.

Dalam video berdurasi 59 saat itu, Shuib sempat meminta netizen memanjatkan doa semoga pembedahan Rahim itu sukses.

“Okay, kita panjatkan doa buat Rahim, nak buat pembedahan usus pagi esok (hari ini), kau dah puasa kan? Steady ah,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengucapkan ‘good luck’ kepada pelawak itu.

Dalam pada itu, Rahim juga ada memuat naik video di laman Instagramnya mengakui agak gementar untuk menjalani pembedahan tersebut.

“Of course kali pertama jalankan pembedahan macam ini, saya rasa agak gementar. Tapi, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka-mereka yang memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Di kesempatan ini, MH juga mendoakan agar pembedahan Rahim berjaya. Amin.

Foto/Instagram: Shuib Sepahtu

IKLAN