Mengecapi populariti di seluruh dunia bukan bermakna penyanyi sensasi, Katy Perry telah memiliki semua yang diingininya.
Mungkin tuah menyebelahinya dari segi karier, tetapi wanita kelahiran California, Amerika Syarikat ini kurang bernasib baik dalam kehidupan cintanya.
Apakan daya, rumah tangga dibina dengan aktor dan pelawak, Russel Brand atas dasar cinta namun cuma mampu bertahan selama 14 bulan sahaja.
Bagaimanapun, pelantun lagu hits Firework dan Wide Awake ini sekali lagi melalui episod patah hati apabila hubungan cintanya dengan penyanyi kacak, John Mayer, juga turut kecundang di tengah jalan.
Meskipun pernah dikaitkan dengan ramai lelaki seperti model, Baptiste Giabiconi dan gitaris Florence And The Machine, Rob Ackroyd, Perry dikatakan benar-benar jatuh cinta dengan Mayer.
Memegang status solo, tentunya wanita cantik dan popular seperti Perry menjadi dambaan ramai lelaki.
Kini, khabar angin hubungan istimewa antara Katy Perry dan pelakon Robert Pattinson kembali menjadi perhatian apabila pasangan itu dilaporkan keluar makan malam bersama pada Sabtu lalu.
Pasangan itu dilihat menimati makan malam dalam keadaan romantik secara berdua-duaan tanpa kehadiran tunang Robert iaitu FKA Twigs.
Katy dan Robert dilihat duduk di sudut restoran sebuah hotel barat Hollywood. Namun, sehingga kini, kedua-dua selebriti ini belum mengeluarkan kenyataan tentang perkara berkenaan.
Bagaimanapun, sebelum ini, khabar angin tentang hubungan mereka sudah lama diperkatakan.Namun Katy pernah menjelaskan mereka hanya sekadar teman baik.
Bagaimanapun, ibu bapa Katy mahukan dia mencari lelaki berimej baik seperti pelakon Twilight, Robert Pattinson.
“Hubungan Katy dan Robert memang rapat. Kalau boleh, ibu bapa Katy mahu hubungan mereka lebih daripada kawan.
“Mungkin perkara itu sukar direalisasikan kerana Katy dan Robert cuma berkawan baik,” kata sumber.
Sumber : thehollywoodgossip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI