Susulan ramai yang seakan tidak berapa ‘gembira’ dengan aksi pengasas komestik yang kini bergelar selebriti, Datuk Sri Aliff Syukri yang dikatakan ketawa beriya-iya apabila merakamkan aksi pengunjung mengumpul ‘duit terbang’ di sebuah karnival yang dimuat naik menerusi laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini, Aliff tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Katanya ketika dihubungi MH, sejujurnya aksi yang dirakam itu tidaklah menggambarkan seperti apa yang disangka ramai pihak. Sebaliknya, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu sebenarnya sedang ketawa bersama seorang lagi pengasas kosmetik, Joy Revfa.

“Sebenarnya ramai yang salah memberi tafsiran. Saya bukan gelak kepada mereka yang terlibat di sesi ‘duit terbang’ tu. Sebenarnya saya gelak dan terhibur dengan penampilan Joy Revfa. Pada waktu saya rakam momen tu, dia ada di depan saya sambil turut merakam momen ‘duit terbang’ dan kata padanya, tak panas ke pakai baju gaun macam tu?

 

“Jadi sebab itulah saya senyum dan ketawa,” akui Aliff sambil mengakui dia tidak faham dengan segelintir netizen yang cepat menghukum tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku terhadap apa juga situasi.

IKLAN

Pada masa sama, MH turut meminta pandangannya berkenaan dengan sebuah lagi entri yang dimuat naik di IG baru-baru ini yang menyaksikan salah seorang anaknya, Baim Adham yang menangis kerana dihantar menjalani hidup dalam suasana normal.

“Abah dgn mama terpaksa buat mcm ni.. sbb abah nak anak2 abah menghargai apa yg ada selama ni.. bkn senang nak didik anak supaya tau mcm mana erti kesusahan.. @ammarahyan @qadejah @baem_adham.

 

“Saya mmg mengimpikan anak2 saya dihantar ke rumah orang yg biasa untuk belajar erti susah dan jgn terlalu selesa bila mempunyai mak ayah yg senang. Kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode mcm mana mereka meneruskan kehidupan tnpa kami.. @aididmarcello @mqproduction,” tulisnya di IG.

IKLAN

Jelas Aliff, konsep sedemikian sudah lama diamalkannya. Mereka tidak hanya mengunjungi rumah orang biasa, tetapi juga turut berkunjung ke rumah insan istimewa, anak yatim dan sebagainya.

IKLAN

“Saya suka hantar anak-anak ke lokasi sedemikian. Dari dulu saya buat cuba tidak dedahkan di media sosial sahaja. Cuma kali ini, saya muat naik sebagai salah satu pengisian untuk program realiti, Oh Abang Kosmetik musim terbaru sahaja.

 

“Memang saya nak latih dan beri pendedahan pada anak-anak. Bagaimana mereka akan hidup kalau tiada saya dan isteri. Tapi itulah, apa yang saya buat pasti ada yang tidak kena. Cuba letakkan diri anda di tempat saya, agaknya apa yang anda akan lakukan?,” luah Aliff kepada MH. 

Foto: Instagram Aliff Syukri

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI