Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti di zaman yang semakin canggih ini, kerana setiap gerak geri menjadi perhatian netizen.

Spekulasi demi spekulasi akan dibuat oleh netizen jika ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh selebriti menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

Pelakon popular yang sering memegang watak sebagai heroin dalam filem Bollywood, Kareena Kapoor juga merupakan salah seorang seleberiti yang dituduh dengan pelbagai spekulasi dan terbaru, pelakon ini didakwa mengabaikan anaknya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.

Kareena Kapoor Nafi Dakwaan Abaikan Taimur Ali Kerana Kerja

IKLAN

Menerusi laporan daripada Times of India, Kareena menafikan dakwaan tersebut dan berkata walaupun dia sering menghabiskan masa di lokasi penggambaran namun dia tidak pernah lupa dengan tanggungjawab sebagai ibu.

Katanya lagi, dia banyak menghabiskan masanya di lokasi penggambaran untuk filem baru bertajuk Veere Di Wedding selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan tetapi itu tidak bermaksud dia mengabaikan anaknya.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia sukar untuk melepaskan anaknya, Taimur Ali kepada penjaga namun dia bersyukur kerana suaminya turt membantu menjaga anak mereka.

Kareena Kapoor Nafi Dakwaan Abaikan Taimur Ali Kerana Kerja

IKLAN

Dalam pada itu, Kareena berkata akan berehat selama tiga bulan selepas ini untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarganya.

MH harap dengan penjelasan daripada Kareena ini, netizen di luar sana berhenti daripada terus menuduh pelakon ini mengabaikan anaknya.

Sumber: Times of India

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI