Kapsyen “Thank You To My Life Partner” Jadi Perhatian Netizen, Azar Azmi & Fizo Omar Sama-Sama Terlibat Dalam Sukan Lasak

Share

Mula menceburi dunia permotoran bagi mencabar dirinya, pelakon Azar Azmi berterima kasih pada rakan selebriti, Fizo Omar yang banyak memberi tunjuk ajar.

Mengelar Fizo sebagai ‘life partner’, bintang Nur 2 itu akui banyak belajar berkenaan aktiviti lasak itu bersama-sama dengan duda anak satu itu.

Thank you to my life partner… dia cakap mek ja bsiap nak g pavi ye????

“Yang kuat bahan kuat sakat kuat menyakitkan hati kuat gelakkan mek ja kuat bagi semangat jugak and always make sure all the gears up in position @fizoomar,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan pelakon drama Nur 2 itu, dia bersama Fizo dan beberapa rakan lain melakukan aktiviti sukan permotoran.

Sementara itu, diruangan komen, rata-rata selesa melihat hubungan persahabatan dua selebriti itu yang seakan ‘rapat’.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013.

Bagaimanpun,hubungan mereka tidak panjang apabila Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

Foto: Instagram Azar Azmi

IKLAN