Kejayaan drama rantaian Nur nyata memberi impak tersendiri buat para pengikutnya sehingga kini. Malah, para pelakonnya juga turut tidak terlepas daripada terus memberi reaksi terhadap drama tersebut.

Malah ada di antara mereka yang menjadikan watak dalam Nur sebagai bahan jenaka sesama mereka.

Azhan Rani yang memainkan watak sebagai Ustaz Hamadi ada memuat naik sekeping foto poster Nur dirinya dan rakan pelakon, Norkhiriah dengan kapsyen yang mengundang tawa ramai.

IKLAN

“Tadi dah try buat photoshoot untuk drama #nur musim kedua sebanyak 780 episod. Setelah berbincang panjang dan meneliti rupa poster baru drama ini, pihak produksi bersetuju untuk menangguhkan pengambaran sehingga aisyah @khiriah17 mencapai had ketinggian yang ditetapkan oleh pihak sirim.

 

“Dijangka masa menunggu ini akan mengambil masa selama 27 tahun lagi dari semalam.. selamat menunggu buat semua!,” tulisnya sambil disertakan dengan tanda palang #sapepercayadiagila.

Perkongsian tersebut turut mencuit hati peminat dan rakan pelakonnya yang lain, termasuk Norkhiriah sendiri.

IKLAN

Nur arahan Shahrul Ezad Mohameddin mencipta sukses tersendiri apabila ditayangkan di TV3 pada Ramadan lalu. Selain mereka, drama berkenaan turut dijaya dengan cemerlang oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan ramai lagi.

IKLAN

Foto: Instagram Azhan Rani

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI