Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang sebelum ini menjadi bualan susulan video bermanfaat yang dikongsikan di platform di Tik Tok berkongsi informasi di Instagram tentang tanda-tanda serta golongan wanita bagaimana yang paling berisiko menghidap kanser ovari.
Perkongisan tersebut disampaikan melalui dua video ringkas (Part 1 & Part 2) menerusi reels Instagram.
Menurut Dr Samhan, kanser ovari menjadi kanser keempat tertinggi di negara ini.
Malah, beliau turut memaklumkan bahawa ramai wanita Malaysia mengalami kanser berkenaan.
Ads
Bagaimanapun, Dr Samhan menjelaskan kanser ovari boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.
Pada masa sama, Dr Samhan menyarankan agar pesakit sentiasa mematuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk membunuh sel-sel kanser aktif.
Ads
Moga perkongsian tersebut memberi manfaat buat kita semua, khasnya golongan wanita agar lebih peka dan ambil peduli mengenai kesihatan.
Sementara itu, Dr Samhan dinobatkan sebagai Content Category of Education, TikTok Malaysia Popular Creator 2021, baru-baru ini. Tahniah!
Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah mengakui tidak semua orang boleh menerima atau memahami dirinya melainkan mereka yang benar-benar mengenali rapat.
Lebih 27 tahun dalam bidang seni, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha,46, mendedahkan dia tidak bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri
“Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka, ‘outspoken’. Macam netizen yang mungkin bukan kawan saya, saya pun tak kenal siapa.
“Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Yang orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.
“Cuma orang di luar industri, netizen-netizen dia tak faham lagi. Baru je nak kenal, mula suka dengan Ifa Raziah,” katanya.
Ifa berkata demikian pada majlis Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.
Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga tidak mampu menepis sekiranya ada yang cuba menghangatkan isu melibatkan dirinya kerana sedia tahu tak boleh nak puaskan hati semua pihak.
“Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita. Adakalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka.
“Jadi kita layan sahaja. Kalau kata nak suka, atau nak cipta isu jadi viral lantak pi lah. Tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan dari saya.
“Janganlah dok ingat dengan pandangan netizen sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi.
Ifa pada masa sama turut meminta ramai membaca keseluruhan cerita selain selidiki terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi tidak berasas apabila membabitkan sesebuah isu trending.
Terdahulu, Ifa Raziah meluahkan rasa ralat selepas dikecam netizen susulan satu rakaman video siaran langsungnya dimuat naik kembali oleh pengguna media sosial.
Potongan video yang sudah diedit itu mencetuskan tular selepas dia mendakwa sudah tiga kali pergi mengerjakan umrah meski belum berhijab.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah sekarang saya sudah pun berhijab.” Itu kesyukuran yang diluahkan model dan Instafamous, Arviena yang kini sudah pun bertudung meski akui masih dalam proses belajar untuk menjadi muslimah sejati.
Menurut Arviena yang kini bergelar duta bagi tudung jenama Jennaira keluaran Jennaira Holding, dia mulai terdetik mengenakan hijab pada Ramadan lalu selepas kerap dipelawa untuk mempromosikan tudung.
“Perjalanan hijrah saya, pada awalnya diminta pengasas Tudung Jennaira, Datin Seri Azlina Hanim untuk melakukan riviu tudungnya di media sosial. Lalu saya pun pakai pada bulan puasa, mungkin Allah mahu berikan hidayahNya.
“Saya ni ialah seorang yang sangat seksi, boleh berbikini. Di Instagram rasanya orang tahu siapa Arviena. Tapi alhamdulillah. Saya bukan berhijab kerana saya menjadi duta tudung Jennaira. Malah saya pun turut mengenakan tudung-tudung jenama lain juga.
“Cuma bila bermula mengenakan tudung ini, rasa macam Tuhan bukakan hati untuk berhijab terus, alhamdulillah,” katanya.
Arviena bagaimanapun akui ada yang memberikan reaksi pesimis terhadap penampilannya.
“Saya juga tidak suka untuk melayan negativiti. Ada juga yang berikan komen di Instagram misalnya ‘bertudung tapi baju masih ketat. Saya sebenarnya masih lagi belajar.
“Nak istiqamah itu tak senang saya beritahu pada mereka. Biarlah perlahan-lahan, dimulakan dengan berhijab kemudian saya cuba untuk kenakan persalinan yang bersesuaian. Sedikit demi sedikit, ia proses,” katanya yang memilih untuk terus positif.
Terdahulu, Arviena ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
“Tudung Jennaira bersama duta kami, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” kata Datin Seri Azlina yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.