Melewati usia kandungan lebih lima bulan, Hanez Suraya mengakui pada awal tiga bulan pertama kandungan, dia mengalami loya yang agak teruk hingga terpaksa beritahu pihak Deeja Cosmetics yang mengambilnya sebagai wajah wakilan.
Katanya dia terpaksa memberitahu keadaan dirinya pada ketika itu kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.
“Saya memang ada beritahu pihak mereka yang saya pada ketika itu sedang berbadan dua atas nasihat suami dan kalau boleh tidak mahu susahkan mana-mana pihak andai berlaku apa-apa.
“Syukur kerana faham dan benar sepanjang tiga bulan awal kehamilan, saya alami loya yang agak teruk.
Ads
“Malam je memang tak boleh nak jamah makanan sangat. Nanti akan muntah. Pagi saya okay. Cuma petang bawa ke malam tu memang akan loya,” katanya yang dijangka bakal bersalin anak kedua sekitar Julai depan.
Ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini pula, Hanez memberitahu dia cuba ‘lawan’ rasa mual dan loya. Namun dia bersyukur kerana keadaan bayinya sihat cuma bulan lalu, dia mengalami masalah darah rendah.
“Bayi semua okay, cuma ada alami masalah darah rendah sebab saya tak makan daging dan ayam. Cuma akan seafood sahaja.
“Memang kandungan kali ini menu makanan saya agak berbeza, cuma ada ketikanya saya paksa untuk makan. Jadi doktor ada berikan suplemen khas,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh apabila pelakon, Shakilla Khoriri dilihat memegang lampin bayi yang seakan-akan berisi najis berwarna kuning lalu mencampakkan ia pada muka suami.
Bagaimanapun sebenarnya, ‘gurau kasar’ tersebut adalah sebagai kejutan istimewa buat suami tersayang.
Terdahulu, Shakilla kemudiannya mencampakkan lampin tersebut pada muka Fizi sambil berkata “senang je, ini makan dia”, sambil ketawa kerana tertidur sewaktu mendodoikan anak.
“Haishh hari tu dia kena kan kita boleh ni kita kena kan dia tahu pun marahh, bagi taik meena sikit je pun.
“Masa untuk bls dendam @fiziali_ hahaha, kita pun nak buat lah suprise kat dia,tapi kita buat kt dia lagi kejam lahh dari dia buat kt kita hari tu.
“Sebab birthday hari tu tak sempat nak beli apa2 ni kita bagi dia iphone dari @gadgetmen ingatkan dapat satu je sekali beli dapat dua bijik, tu pun dok tanya2 lagi
“Bestlah tu dapat dua bijik skli, thanks @gadgetmen tak sangka masa beli ni ada sale buy one free one,” tulisnya.
Menanti detik bagi kelahiran cahaya mata kedua, Syatilla Melvin dan suami, Shaheizy Sam telah meraikan baby shower berkonsepkan taman.
Bertemakan warna pink lembut, majlis yang diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala lumpur itu disambut meriah dengan pelbagai jenis hidangan dan dessert.
Momen indah itu dikongsikan pelakon Selafaz Cinta itu di Instagram dengan menggunakan hashtag #samsyatillababyshower.
Dalam pada itu, Syatilla turut berdoa agar keadaan cuaca adalah baik bagi melangsungkan majlis supaya berjalan lancar.
“Alhamdulillah dan terima kasih utk semua yg mai baby shower tilla n sam semalam. nasib baik laa x hujan ya allah oi.. duk bedoa dalam hati xputuih2 semalam♥ #samsyatillababyshower,” tulisnya.
Sering dihujani dengan kritikan netizen dek si suami kepada penyanyi Shila Amzah, Haris Idraki Elias yang kurang fasih berbahasa Melayu, Shila ada berkongsi video mereka berdua.
Bintang itu ada memuat naik sebuah Vlog di Youtube yang merakamkan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Video berdurasi 10 minit itu dapat dilihat Haris dan Shila yang sedang berbual dalam bahasa ibunda.
Haris yang juga bekerja dalam sektor kewangan di kota London dilihat agak kekok dalam penggunaan bahasa tersebut tetapi mencuba sebaiknya.
Lalu, netizen turut memuji kebolehan dan kesungguhan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Terdahulu, Haris pernah dikritik apabila menggunakan bahasa Inggeris ketika majlis lafaz akad nikah.
Dalam perkembangan lain, Shila kini sedang hamil cahaya mata hasil perkongsian bersama suami tercinta.
Foto/Video : Vlog Shila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...