‘Kan Dah Cakap Jangan Rakam!’ – Pihak GSC Tegur Penonton Tak Faham Bahasa!

Fuh! memang hebat penangan Avengers: Infinity Wars ni, sampaikan GSC Cinema sendiri muat naik Insta Story di laman Instagram mereka tau.

Chop! GSC muat naik insta story Instagram milik mereka meluahkan kekesalan mereka sebab ada penonton yang tak faham bahasa merakam di dalam wayang walaupun sudah dinasihati berkali-kali mengenai peraturan tersebut.

“How many times? How many times do we have to remind you that recording is illegal in the cinema?

“We posted on social media. We made PSA (Public Service Announcement) videos. We even put a huge notice on screen giving warning, before the movie starts.

“Tapi tak nak dengar, nak jugak record, nak buat insta story, FB Live. Apa mentality. Sakit hati tengok ada orang macam ini cuba nak rosakkan industri filem.

“Kecewa! Bayangkanlah, what if lain kali banyak filem tak masuk Malaysia. Sebab pembikin filem dah lost trust kat kitaorang. How?” luahnya.

IKLAN

MH perasan juga, ramai yang dok muat naik IG Story atau gambar di media sosial, konon-konon nak tunjukkan mereka dah tengok filem tu.

Tahulah korang excited tapi hormatlah sikit orang yang belum tonton tu. MH sendiri yang tonton filem ini awal pun boleh simpan rahsia.

IKLAN

Apa-apapun, MH harap lepas ni para penonton beringat lah sikit jangan sampai ada undang-undang haramkan telefon bimbit dalam wayang pula ya.

Sumber: Twitter